Kongres PKR: Tetapkan syarat untuk calon pilihan raya

Ginie Lim membahaskan ucapan dasar presiden pada Kongres Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
Ginie Lim membahaskan ucapan dasar presiden pada Kongres Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
A
A
A

PUTRAJAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicadang supaya meletakkan syarat pemilihan calon dalam mana-mana pilihan raya akan datang perlu terdiri daripada pimpinan cabang parti itu atau sekurang-kurangnya disokong oleh peringkat tersebut.

Perwakilan Melaka, Datuk Ginie Lim berkata, tindakan tersebut penting bagi memastikan wakil rakyat yang bakal dipilih mampu menyelesaikan masalah rakyat setempat.

"Cabang adalah pentadbir rasmi parti di peringkat akar umbi. Kalau pimpinan tertinggi membuat keputusan lantikan politik dan calon pilihan raya tanpa melibatkan cabang (atau) cabang akan diketepikan akhirnya masalah rakyat tidak dapat diselesaikan.

"Kami faham pimpinan tertinggi perlu mengambil kira banyak aspek dalam membuat keputusan. Tetapi pimpinan tertinggi juga perlu berlaku adil.

"Bukannya ada kelayakan akademik, automatik dapat menjadi calon.

"Selepas menang (dan) jadi Yang Berhormat pun, tidak tahu mana satu jalan nak dibuat, mana satu rumah nak dibaiki," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden sempena Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Ahad.

Tambahnya, pimpinan tertinggi juga diminta untuk membaca setiap laporan mesyuarat cabang yang dihantar kepada setiausaha negeri agar penilaian dapat dibuat dengan sebaiknya.

Artikel Berkaitan:

"Pimpinan tertinggi dialu-alukan untuk membaca laporan cabang, turun padang, ziarahlah sahabat-sahabat di akar umbi.

"Buatlah audit ke atas cabang dengan lebih kerap, bantulah cabang dari awal, tidak perlu tunggu pilihan raya atau pemilihan parti," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!