Guna seni sebarkan mesej tolak rasuah

Noraini bersama peserta Heritage Walk pada mural Klang Bahagia Berintegriti di Jalan Stesen di sini.
Noraini bersama peserta Heritage Walk pada mural Klang Bahagia Berintegriti di Jalan Stesen di sini.
A
A
A

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama terlibat projek mural bersama Rasuah Busters di Jalan Stesen Klang.

Mural bertemakan Klang Bahagia Berintegriti itu turut mendapat kerjasama Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Balai Seni Negara.

Yang Dipertua MPK, Noraini Roslan berkata, mural berkenaan memaparkan perpaduan tiga kaum utama Melayu, Cina dan india ke arah masa depan Klang yang lebih bahagia dan cemerlang berasaskan integriti.

Noraini berbaju kebaya menyertai Heritage Walk sempena Program Hari Klang Tanpa Kenderaan di Stadium Kota Raja pada Ahad.
Noraini berbaju kebaya menyertai Heritage Walk sempena Program Hari Klang Tanpa Kenderaan di Stadium Kota Raja pada Ahad.

"Kalau masyarakat kita tidak mempunyai nilai-nilai integriti, negara kita akan runtuh. Itu mesej yang ingin disampaikan kepada umum.

"MPK berterima kasih kepada Rasuah Busters, RAC dan Balai Seni Negara. Kami berharap ini akan menjadi pencetus kepada PBT lain untuk menyebarluaskan lagi mesej integriti," katanya pada pelancaran mural berkenaan pada Ahad.

Mural tersebut dihasilkan oleh tiga artis diketuai MieyAli mengambil masa sepuluh hari untuk disiapkan menggunakan cat khas yang mempunyai ketahanan sehingga lapan tahun.

Pelancaran mural tersebut dibuat sempena Program Hari Klang Tanpa Kenderaan di Stadium Kota Raja pada Ahad. Program bermula jam 7 pagi itu memilih tema Warisan Klang Bahagia Berintegriti yang mana Noraini anggun berbaju kebaya menyertai Heritage Walk bersama hampir 100 peserta.

Artikel Berkaitan:

Noraini bersama peserta Heritage Walk
Noraini bersama peserta Heritage Walk

Program itu juga disekalikan dengan Program Fiesta Warisan Bandar Diraja Klang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu mengetengahkan budaya makanan, pakaian dan kesenian.

Dalam pada itu, Noraini berkata, program tersebut akan menjadi asas kepada prospek pelancongan di Klang yang merupakan bandar warisan.

"Kita harap dengan ketengahkan elemen warisan, ia akan menjadi tarikan kepada Klang yang juga akan memberi manfaat kepada peniaga.

"Dengan ekonomi yang baik serta asas perpaduan dan integriti, kita akan dapat membina Klang sebagai sebuah bandar yang cemerlang, " katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (YSUM) Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, visual itu diketengahkan bagi mencegah perlakuan rasuah melalui nilai integriti yang kuat.

Noraini (tengah) bergambar bersama MieyAli (dua dari kiri) dan Nurhayati (dua dari kanan) dengan latar belakang mural Klang Bahagia Berintegriti.
Noraini (tengah) bergambar bersama MieyAli (dua dari kiri) dan Nurhayati (dua dari kanan) dengan latar belakang mural Klang Bahagia Berintegriti.

"Pemilihan imej pada mural ini ialah hasil perbincangan bersama untuk membawakan mesej yang ringkas dan mudah difahami.

"Ia melambangkan hala tuju Klang terdiri pelbagai bangsa dan hidup secara harmoni. Imej kanak-kanak tersebut merupakan gambaran masa depan Klang yang akan menjadi tempat tinggal harmoni dengan berpegang kepada nilai integriti," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!