Beraksi tanpa tekanan bantu NSFC tewaskan PDRM FC - Devan

Pemain Negeri Sembilan FC, Casagrande mengasak PDRM, Muhammad Nur Iqmal Harun pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada Sabtu.
Pemain Negeri Sembilan FC, Casagrande mengasak PDRM, Muhammad Nur Iqmal Harun pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada Sabtu.
A
A
A

PENGENDALI Negeri Sembilan FC, K Devan mengakui beraksi tanpa tekanan faktor menyaksikan skuad Rusa berjaya menewaskan PDRM FC, 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu.

Malah, jelas Devan prestasi semasa The Cops dalam beberapa perlawanan terakhir juga berada pada tahap terbaik sebelum ini.

“Situasi itu bukan sesuatu yang baik kepada pasukan Negeri Sembilan FC, malah kita mengalami kekalahan lima kali berturut-turut termasuk dua kekalahan kepada JDT

“PDRM pula telah mengalahkan KL City, Sri Pahang menjadikan mereka pasukan pilihan dalam perlawanan ini.

“Saya minta pemain-pemain memberi sepenuh tumpuan berdepan PDRM, kerana Negeri Sembilan sebenarnya masih mampu mempamerkan permainan berkualiti sekiranya berjaya mengalahkan PDRM di laman sendiri,” katanya selepas perlawanan pada Sabtu.

Skuad Rusa sebelum itu melakar kemenangan kelima liga selepas menjinakkan The Cops, 2-0 menerusi gol yang dijaringkan R Barathkumar pada minit ke-49 dan A Selvan (m-78).

Tiga mata diraih anak buah Devan itu membolehkan skuad Hoben Jang Hoben mengumpul 24 mata selepas mengharungi 24 perlawanan.

Devan berkata, pada separuh masa pertama pihaknya hanya mahu melihat corak permainan pasukan lawan dan berhati-hati agar tidak dibolosi.

Artikel Berkaitan:

"Apabila saya lihat PDRM dalam keadaan padang yang basah mereka tidak menunjukkan sebarang larian deras ataupun seperti biasa kita lihat dalam perlawanan lain.

“Mereka mengamalkan baris pertahanan yang tinggi, saya rasa kami boleh dapat kelebihan daripada situasi itu.

"Kami mengubah taktikal permainan, dan kalau dapat bola kami kena lari dengan bola dan gunakan kawasan belakang pertahanan belakang PDRM. Itu yang mereka buat dan kami berjaya menjaringkan gol,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai khabar angin kontraknya sebagai ketua jurulatih tidak akan disambung susulan prestasi pasukan Negeri Sembilan tidak memuaskan, Devan berkata, fokusnya ketika ini adalah menghabiskan baki dua perlawanan Liga Super.

“Saya tiada perancangan buat masa ini, tunggu dan lihat sebab saya masih ada kontrak. Kena habiskan dua perlawanan dan saya rasa musim depan pun mula pada bulan April," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!