Gagasan Rumpun Selangor perkukuh perpaduan kaum

Mohd Rizam (tengah) pada Perasmian Pesta Muzik Klang ke-46 di SJK (C) Pandamaran B pada Sabtu.
Mohd Rizam (tengah) pada Perasmian Pesta Muzik Klang ke-46 di SJK (C) Pandamaran B pada Sabtu.
A
A
A

KLANG - Gagasan Rumpun Selangor sebuah program yang memberi penekanan kepada kesatupaduan rakyat berbilang kaum akan dilaksanakan tahun depan.

Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail berkata, salah satu tunjang utama kepada program itu ialah penganjuran Karnival Perpaduan Rumpun Selangor yang akan diadakan di setiap daerah.

Menurutnya, antara pengisian utama membabitkan program kebudayaan kaum termasuk muzik sebagai salah satu acara yang boleh diadakan untuk meraikan kepelbagaian.

"Saya berpandangan bahawa muzik bukan sekadar seni yang mendalam dan indah tetapi mempunyai daya untuk menggerakkan hati dan perasaan tanpa perlu diluahkan secara langsung.

"Muzik adalah bahasa perpaduan yang dapat merentasi sempadan dan menyatukan hati-hati kita semua.

"Sebab itu, kalau kita tengok seperti ledakan fenomena muzik K-Pop dari Korea Selatan, walaupun ramai tidak memahami bahasa Korea, tetapi mereka tetap dapat menghayati muzik itu," katanya pada Perasmian Pesta Muzik Klang ke-46 di SJK (C) Pandamaran B anjuran Persatuan Huaian Quangang Klang.

Rizam berkata, muzik boleh menjadi satu medium aktiviti lapang dan menarik minat generasi anak muda untuk mengekspresikan cetusan idea dan imaginasi.

"Syabas dan tahniah kepada pemuzik-pemuzik yang telah menyerlahkan bakat yang luar biasa sepanjang festival ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya harap penganjuran Pesta Muzik Klang Ke-46 ini akan terus menjadi sentuhan inspirasi seni dan budaya serta menjadi wadah perpaduan kaum di Selangor dan diteruskan lagi pada tahun akan datang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!