Bayi 18 bulan korban pertama banjir Kelantan

Anggota PPDA melakukan pencarian mangsa yang tergelincir ke dalam sungai di belakang rumahnya di Kampung Kenari pada Ahad.
Anggota PPDA melakukan pencarian mangsa yang tergelincir ke dalam sungai di belakang rumahnya di Kampung Kenari pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan menjadi korban pertama banjir apabila ditemukan lemas selepas tergelincir ke sungai dipercayai ketika bermain di belakang rumahnya di Kampung Kenari di sini pada Ahad.

Mayat Che Muhammad Faqih Muhamad Faiz ditemui Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jam 1.40 tengah hari.

Anggota bomba melakukan pencarian mangsa yang tergelincir ke dalam sungai di belakang rumahnya di Kampung Kenari pada Ahad.
Anggota bomba melakukan pencarian mangsa yang tergelincir ke dalam sungai di belakang rumahnya di Kampung Kenari pada Ahad.

Komander Operasi PPDA Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa Pengkalan Chepa, Pengawai Bomba Kanan II, Muhammad Samsudin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian mangsa yang hilang di sungai itu pada jam 12.17 tengah hari.

Menurutnya, seramai 16 anggota dan pegawai terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Mangsa dipercayai bermain di belakang rumah dan tergelincir ke dalam sungai berhampiran.

“Pasukan PPDA menjalankan operasi mencari di permukaan dan melakukan selaman di kawasan mangsa dipercayai lemas sebelum menemukan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan yang melakukan pemeriksaan

Artikel Berkaitan:

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!