Pemerhati Kongres Nasional PKR 2023 meninggal dunia
PUTRAJAYA - Seorang pemerhati Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2023 dari cabang Batu Pahat, Samsani Ahmad meninggal dunia akibat serangan jantung pada Ahad.
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pengerusi Tetap PKR, Mustafa Ghanzafar ketika sesi penggulungan Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
Semua perwakilan dan pimpinan tinggi PKR turut berduka atas berita tersebut dan mengambil masa untuk membacakan Al-Fatihah atas pemergian Samsani.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!