Tular kereta diparkir depan rumah dililit pita kuning

Tangkap layar di TikTok yang tular memaparkan kenderaan diparkir di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang baru-baru ini.
Tangkap layar di TikTok yang tular memaparkan kenderaan diparkir di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang baru-baru ini.
A
A
A

PASIR GUDANG - Penduduk di sebuah taman di bandar raya ini nekad mengambil tindakan sendiri dengan melilitkan pita warna kuning terhadap beberapa buah kereta yang parkir secara sesuka hati sehingga mengganggu laluan keluar masuk.

Langkah itu sebagai tanda amaran terhadap sikap pentingkan diri pemilik kereta berkenaan walaupun sebelum ini ada penduduk memaklumkan supaya mengalihkan kenderaan masing-masing namun peringatan tersebut tidak dihiraukan.

Susulan itu, sekumpulan penduduk kawasan berkenaan melaporkan masalah berbangkit kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) sebelum penguat kuasanya turun padang lalu mengeluarkan saman terhadap kenderaan berkenaan.

Difahamkan walaupun saman dikeluarkan, kenderaan sama masih kekal diletakkan di kawasan tidak sepatutnya sehingga menyusahkan penduduk berdekatan kejiranan itu.

Sebagai langkah terakhir penduduk mengambil langkah melilitkan kereta terbabit dengan pita berwarna kuning sebagai tanda amaran.

Situasi itu dikongsikan seorang pengguna TikTok @hidayah3606 dengan memuatnaik beberapa keping gambar kenderaan yang diletak secara 'biadab' berhampiran mereka.

Hantaran berkenaan meraih lebih 200,000 tontonan di platform berkenaan.

"Beberapa jiran sudah pun dimaklumkan secara baik tetapi mereka tidak hiraukan peringatan itu. Apabila peringatan dibuat dalam kumpulan WhatsApp taman perumahan, mereka tetap abaikan.

Artikel Berkaitan:

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan perumahan terutama penempatan padat di pinggir bandar raya ini mendapati, kereta masih diletakkan depan rumah tetapi tidak mengganggu laluan.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan perumahan terutama penempatan padat di pinggir bandar raya ini mendapati, kereta masih diletakkan depan rumah tetapi tidak mengganggu laluan.

"Apa yang kami lakukan ini bukan bermaksud kejam, sebaliknya mereka sendiri tidak ada otak kerana terus melakukan tindakan sama berulang kali.

"Terima kasih kepada MBPG kerana laksanakan tugas mereka," katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata, kerjasama penduduk amat diperlukan bagi mengelak masalah dalam komuniti setempat, persefahaman dan kesedaran penduduk amat diperlukan dalam membendung amalan tersebut.

"MBPG boleh bantu menerusi penguatkuasaan mengikut peraturan sedia ada. Kita menerima aduan kesalahan meletakkan kenderaan yang menghalang laluan mencatat peningkatan 349 aduan hingga September tahun lalu.

"Jumlah ini tinggi berbanding pada tahun lepas iaitu 242 aduan," katanya ketika dihubungi.

Pada 18 Oktober lalu, Asman Shah memaklumkan MBPG menguatkuasakan larangan meletak kenderaan yang menghalang laluan berasaskan aduan penduduk di hadapan rumah bermula 1 Januari depan, selepas diputuskan menerusi mesyuarat khas MBPG.

Sehingga 31 Disember ini adalah proses kesedaran dan pendidikan kepada semua pihak dengan cara pengeluaran notis pemberitahuan sahaja kepada yang terbabit.

Pada 4 Oktober lalu, tular satu notis pemberitahuan daripada MBPG yang menyatakan larangan meletakkan kenderaan di hadapan rumah (luar pagar) yang boleh menyebabkan halangan di tempat awam.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan perumahan terutama penempatan padat di pinggir bandar raya ini mendapati, kereta masih diletakkan depan rumah tetapi tidak mengganggu laluan.

Contohnya di Jalan Nanas 1 sehingga 30 di Taman Kota Masai yang didakwa berlaku pertikaian penduduk melibatkan masalah itu, kereta bukan sahaja terus diparkir depan pagar tetapi juga di lorong belakang rumah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!