Kongres PKR: Ucapan penggulungan Anwar terganggu gara-gara tupai

Kehadiran haiwan itu membuatkan Dewan Plenary PICC kecoh kira-kira 10 minit apabila ada antara perwakilan dan pemerhati parti menjerit.
Kehadiran haiwan itu membuatkan Dewan Plenary PICC kecoh kira-kira 10 minit apabila ada antara perwakilan dan pemerhati parti menjerit.
A
A
A

PUTRAJAYA - Ucapan penggulungan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, pada Ahad terganggu seketika gara-gara seekor tupai.

Kehadiran haiwan itu membuatkan Dewan Plenary PICC kecoh kira-kira 10 minit apabila ada antara perwakilan dan pemerhati parti menjerit.

Geli hati dengan situasi itu, Perdana Menteri meminta semua perwakilan dan pemerhati bertenang.

"Baru (sebab) seekor tupai jadi huru hara dalam dewan ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!