Kuda Merah PDRM ungguli tiga gelaran

Muhammad Nasir (lima dari kanan) bersama Mohd Amirul yang mengungguli Tali Pinggang MSWP Kejohanan Grand Final Kuda Merah International World Muay Thai 2023 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada malam Sabtu. - Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID
Muhammad Nasir (lima dari kanan) bersama Mohd Amirul yang mengungguli Tali Pinggang MSWP Kejohanan Grand Final Kuda Merah International World Muay Thai 2023 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada malam Sabtu. - Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KELAB Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakar kejayaan cemerlang apabila menyapu bersih tiga gelaran Kejohanan Grand Final Kuda Merah International World Muay Thai 2023 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Petinju berpengalaman, Mohd Shalihem Mohamad merangkul Tali Pinggang DZ Travel selepas menumbangkan Amir Suputra dalam aksi dramatik kurang dua minit apabila lawan dari Indonesia itu mengalami kecederaan di dahi akibat disiku.

Mohd Amirul Ariffin pula meraih Tali Pinggang Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) selepas menewaskan Can Sek dari Laos menerusi kemenangan secara kiraan mata dalam pertarungan tiga pusingan.

Bakat baharu Nizam Maarof Jeoffery pula memenangi Trofi Sup Meletup selepas menyingkirkan petinju Tebuan Mas Kedah, Shazwan Ahmad Sheir Mohamad yang tewas akibat pukulan 'knockout' pada pusingan pertama.

Aksi Nizam Maarof (kanan) ketika bertarung dengan Shazwan Ahmad. - Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID
Aksi Nizam Maarof (kanan) ketika bertarung dengan Shazwan Ahmad. - Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID

Jurulatihnya, Mohamad Ridhwan Mat Zain bersyukur dengan kejayaan anak-anak buahnya setelah mengerah seluruh tenaga dan berkorban masa menjalani latihan sejak beberapa bulan lalu.

"Alhamdulillah. Amat berpuas hati dengan kemenangan ini. Berbaloi dengan penat lelah petinju yang bersungguh-sungguh menjalani latihan.

"Mereka diberi rehat selama dua hari bagi menjalani proses pemulihan dan kembali menjalani latihan untuk kejohanan di Johor pada Januari tahun depan," katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah turut hadir memeriahkan kejohanan.

Hadir sama Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.

Dalam pada itu, Mohd Shalihem atau Lihem Apollo mengambil peluang yang terbuka untuk menyerang muka lawan dengan tangan bagi mendapatkan mata.

Aksi Lihem Apollo (kanan) semasa menentang Amir. - Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID
Aksi Lihem Apollo (kanan) semasa menentang Amir. - Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Adat pertandingan, saya tidak sangka sikuan itu menyebabkan dahi lawan cedera agak teruk. Pengadil kemudian menamatkan saingan kerana enggan mendedahkan lawan dengan kecederaan yang lebih serius," katanya.

Mohd Amirul atau Ban Mero pula sanggup berkorban mengerah kudrat untuk turun bertarung biarpun mengalami demam sejak Rabu lalu.

"Saya menguatkan semangat untuk tetap berlawan. Demam bukan alasan untuk saya mengalah. Alhamdulillah di atas kejayaan ini dan ia membakar tekad saya untuk bertarung dengan lebih baik lagi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!