Nenek 97 tahun belajar pandu paramotor dipuji netizen

Anand Mahindra duduk di kerusi pemandu paramoto dan cuba untuk menerbangkannya. - Agensi
Anand Mahindra duduk di kerusi pemandu paramoto dan cuba untuk menerbangkannya. - Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Seorang nenek berusia 97 tahun yang berasal dari India tular di media sosial selepas dilihat belajar menerbangkan paramotor yang lazimnya dipelopori peminat sukan ekstrem.

Rakaman video Anand Mahindra yang juga seorang ahli perniagaan duduk di tempat pemandu kenderaan bermotor dan dilihat sedang mendengar penerangan daripada jurulatihnya telah mendapat jutaan tontonan daripada pengguna X, dahulunya Twitter.

Difahamkan ramai pengguna media sosial yang melihat video itu terkejut dengan usaha wanita itu selain memujinya di atas keberaniannya untuk mengambil bahagian dalam sukan lasak itu.

"Tidak pernah terlambat untuk saya terbang," katanya dalam ciapan dalam akaun X yang kini mempunyai 10.8 juta pengikut.

Klip video berdurasi 55 saat pada asalnya dikongsi di Instragram oleh Flying Rhino Paramotoring yang berpangkalan di Maharashtra.

Mengikut bio mereka, syarikat itu dikendalikan pasukan juruterbang komando tentera darat dan tentera udara India.

Sejak dikongsi, video itu berjaya meraih 6.4 juta tontonan dan 17,000 tanda suka.

"Usia hanya satu angka dan wanita tua tidak gentar berada dalam paramotor telah membuktikannya. Semangatnya telah mengingatkan bahawa pengembaraan tidak mengenal umur," kata pengguna X. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!