Duterte tolak jejak kaki ke AS

RODRIGO DUTERTE
RODRIGO DUTERTE
A
A
A

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte akan menolak sebarang undangan ke Rumah Putih, menurut Istana Presiden semalam.

"Jika saya ingat dengan betul, Duterte berkata, beliau hanya akan memberi respons terhadap surat jemputan tersebut. Beliau sudah beberapa kali menyatakan pendiriannya itu. Sejak dari awal walaupun ketika kempen pilihan raya sebelum ini," kata jurucakap Presiden, Salvador Panelo.

Jelas Panelo, pemimpin terbabit juga mengeluarkan arahan melarang kemasukan dua senator Amerika Syarikat (AS) ke negara itu dan akan turut memperkenalkan sekatan lebih ketat terhadap rakyat dari negara Uncle Sam terbabit.

"Manila telah mengarahkan Biro Imigresen mengenakan larangan itu terhadap Senator Dick Durbin dan Patrick Leahy yang mengecam keputusan memenjarakan Senator Leila de Lima atas kesalahan berkaitan dadah," ujarnya.

Difahamkan, Trump pertama kali menjemput Duterte ke Rumah Putih menerusi panggilan telefon pada 2017, namun Duterte menolak jemputan tersebut dan berikrar tidak akan sesekali menjejakkan kaki ke AS selepas kempen dadah besar-besaran dilancarkan beliau menerima kritikan hebat Washington. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!