'Cadangan potong elaun menteri boleh diteliti'

Saifuddin (tengah) bersama penerima pada program Kembali Ke Sekolah Bersama Tesco di Tesco Extra di sini hari ini.
Saifuddin (tengah) bersama penerima pada program Kembali Ke Sekolah Bersama Tesco di Tesco Extra di sini hari ini.
A
A
A

SEBERANG JAYA - Cadangan supaya elaun menteri dipotong boleh diteliti sekiranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya perkara itu perlu dilaksanakan.

"Cadangan itu boleh diteliti. Bagi saya, tak ada masalah (apa-apa)," katanya pada sidang media di Tesco Extra selepas menghadiri program Kembali Ke Sekolah Bersama Tesco di sini hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial satu keratan akhbar yang memaparkan elaun dinikmati menteri antaranya elaun parkir berjumlah RM5,700.

Bagaimanapun beberapa menteri menyanggah keratan akhbar itu dan menjelaskan bahawa angka berkenaan merujuk kepada elaun menteri lama yang berbeza dengan butiran elaun diterima menteri ketika ini.

Antara elaun tetap terkini dinikmati menteri setiap bulan adalah elaun keraian, elaun perumahan, elaun menteri Kabinet, elaun pembantu rumah, elaun pemandu berjumlah RM25,000 sebulan, tidak termasuk elaun tidak tetap seperti elaun cuti, elaun harian, elaun makan dan elaun-elaun lain.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!