Pusat tahfiz di Kepala Batas terbakar

Anggota bomba memadamkan kebakaran di pusat tahfiz persendirian dalam kejadian pada pagi Isnin.
Anggota bomba memadamkan kebakaran di pusat tahfiz persendirian dalam kejadian pada pagi Isnin.
A
A
A

KEPALA BATAS- Sebuah pusat tahfiz persendirian, Ma'hadul Azhar yang terletak di Jalan Pokok Sena, Kampung Banggul di sini terbakar dalam kejadian jam 11.45 pagi, Isnin.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas, Pegawai Bomba Kanan II Khairul Affendi Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 11.52 pagi.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah pusat tahfiz dua tingkat dengan anggaran keluasan 100 x 80 kaki persegi.

"Kebakaran berlaku di tingkat dua dengan anggaran peratusan kemusnahan kebakaran sebanyak 40 peratus.

"Kebakaran dikawal pada jam 12.21 tengah hari. Kerja-kerja pengawalan serta pemadaman kebakaran masih dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kata beliau, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat.

"Ketika kejadian, hanya ada empat orang pelajar dan seorang ustaz di bangunan sebelah. Mereka semua selamat.

"Tingkat bawah dijadikan rumah dan tingkat atas dijadikan asrama pelajar. Semasa kebakaran, tiada penghuni di bangunan tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, operasi pemadaman melibatkan anggota dari BBP Kepala Batas, BBP Tasek Gelugor, BBP Penanti dan BBP Bertam.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!