Pelanggan bertuah CUCKOO raih ‘durian runtuh’

A
A
A

Durian runtuh dapat kondo! Leong Sit Lan tidak pernah mimpi akan dapat kondo daripada Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ dengan pembelian penapis air sahaja.
Durian runtuh dapat kondo! Leong Sit Lan tidak pernah mimpi akan dapat kondo daripada Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ dengan pembelian penapis air sahaja.

KUALA LUMPUR - “Saya tidak pernah mimpi akan dapat kondominium dengan pembelian penapis air sahaja,” kata Leong Sit Lan, seorang pesara dan salah seorang pemenang kondo dari peraduan 'Beli CUCKOO Menang Kondo' anjuran jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) terkemuka di Malaysia, CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International).

Pesara berumur 66 tahun itu juga berkongsi bahawa dia tidak percaya apabila diberitahu akan kemenangannya.

“Ini sebab dalam sepanjang umur saya, saya tidak pernah bertuah memenangi apa-apa hadiah. Jadi, saya amat teruja untuk memenangi hadiah yang sebegitu besar ini,” tambahnya.

Begitulah perasaan dan kegembiraan yang juga dikongsikan oleh pemenang lain yang menganggap kemenangan mereka sebagai durian runtuh.

“Memang tidak percayalah bila saya diberitahu menang hadiah kereta Proton Saga sehingga saya buka link dan tengok video pengumuman dan nampak Nabil serta Datuk Seri Siti Nurhaliza umumkan nama saya.

“Pada masa itu saya berkongsikan berita gembira itu dengan suami saya dan kami bersama menjerit-jerit kegembiraan,” kata salah satu pemenang kereta Proton Saga, Noranita Mansor yang juga merupakan seorang pensyarah Rekabentuk dan Senibina.

Artikel Berkaitan:

Noranita dan suaminya menjerit-jerit kegembiraan apabila mendapat tahu akan kemenangan kereta Proton Saga dalam Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’.
Noranita dan suaminya menjerit-jerit kegembiraan apabila mendapat tahu akan kemenangan kereta Proton Saga dalam Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, Hoe Kian Choon berkata, sebagai jenama Pencipta Kediaman Sihat, CUCKOO sentiasa memikirkan cara untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan kehidupan yang lebih sihat.

“Selain daripada inovasi berterusan, Peraduan 'Beli CUCKOO Menang Kondo’ merupakan salah satu cara kami untuk memberi motivasi kepada rakyat Malaysia untuk mengubah dan memiliki kediaman yang lebih sihat dengan solusi kami yang disepadukan dengan kesihatan,” katanya.

Detik gembira buat pemenang-pemenang hadiah kondo Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’.
Detik gembira buat pemenang-pemenang hadiah kondo Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’.

Pada majlis penyerahan hadiah baru-baru ini, beberapa pemenang juga berkongsi bahawa berita tentang peraduan tersebut telah mendorong mereka untuk membeli produk CUCKOO dengan harapan memenangi hadiah lumayan peraduan.

Lau Hui Hua yang merupakan seorang lagi pemenang kondo adalah salah seorang pelanggan bertuah yang telah membeli beberapa produk CUCKOO selepas melihat berita tentang peraduan itu.

Maklum balas positif yang dikongsi oleh pemenang-pemenang juga menggambarkan kejayaan peraduan yang sedang berlangsung ini.

Wajah penuh senyuman. Foto berkumpulan pemenang-pemenang Proton Saga pada upacara penyerahan hadiah baru-baru ini.
Wajah penuh senyuman. Foto berkumpulan pemenang-pemenang Proton Saga pada upacara penyerahan hadiah baru-baru ini.

Masih Belum Terlambat: Peraduan Dilanjutkan!

Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023 dengan tambahan hadiah-hadiah menarik bernilai keseluruhan RM3 juta berikutan respon positif peraduan tersebut.

Tawaran pelbagai hadiah menarik terbaharu itu termasuk 90 hadiah wang tunai sebanyak RM1,500 (naik daripada RM1,000 sebelum ini dan ditawarkan secara eksklusif untuk pelanggan sedia ada sahaja), tiga unit kereta Tesla Model 3, tiga unit kereta Proton Saga dan tiga unit Pangsapuri Servis EXSIM D'Terra.

Bagi yang ingin menyertai Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ ini, mereka masih berpeluang tetapi perlu segera membeli dan memasang produk CUCKOO yang layak sebelum tamat peraduan yang tinggal masa kurang daripada sebulan.

No Image Caption

Memperkasakan Rakyat Malaysia Untuk Menjadi #SAMASAMAHealthier

Sebagai jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) terunggul di Malaysia, CUCKOO International sentiasa komited dalam membantu rakyat Malaysia menerapkan kesihatan ke dalam kediaman mereka.

Selain daripada Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’, jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) juga giat berinovasi bagi membolehkannya melancarkan pelbagai produk baharu tahun ini termasuk Penapis Air CUCKOO KING TOP 2, Penapis Air CUCKOO GRANDE, Penapis Udara CUCKOO U Model dan produk terbaharu yang dilancarkan pada awal November – Penapis Udara CUCKOO i Model.

CUCKOO juga telah bekerjasama dengan OGAWA Malaysia tahun ini untuk melancarkan kerusi urut ciptaan kerjasama yang melanjutkan usahanya ke dalam segmen pasaran peralatan kediaman dan kesejahteraan.

Usahanya untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk memiliki kehidupan yang lebih sihat telah membolehkannya memenangi anugerah Syarikat Penapis Air Rumah Terulung Malaysia daripada anugerah Frost & Sullivan baru-baru ini.

Ini merupakan kemenangannya sebagai Syarikat Penapis Air Rumah Terulung Malaysia buat tiga tahun berturut-turut dan juga merupakan kemenangan tujuh tahun berturut-turut dalam kategori industri penapis air.

Dengan momentum yang positif, jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) dijangka akan menutup tahun dengan mencapai sasaran pertumbuhan dua angka yang kukuh dan melanjutkan rekod hasil RM1 billion buat tahun keempat berturut-turut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!