Aplikasi MAE masih tergendala, pelanggan terus merungut

Pelanggan merungut apabila aplikasi MAE masih tergendala.
Pelanggan merungut apabila aplikasi MAE masih tergendala.
A
A
A

SHAH ALAM - Malayan Banking Bhd (Maybank) terus menerima rungutan pelanggan susulan aplikasi MAE yang masih tergendala pada hari ini.

Menerusi ruangan komen di Facebooknya, rata-rata pengguna meluahkan rasa kesal apabila pihak bank masih tidak menyelesaikan masalah tersebut dan segala urusan transaksi secara dalam talian masih gagal.

Bagi pengguna akaun Lina Shaari berkata, akibat kegagalan pihak bank menyelesaikan gangguan perkhidmatan menyebabkan mereka sukar melakukan pembayaran.

Tambahnya, bank tersebut hanya menggunakan Pemindahan GIRO Antara Bank (IBG) sahaja setakat ini bagi melakukan transaksi.

“Kenapa pindahan wang hanya boleh dibuat di GIRO sahaja? Tadi saya nak bayar makanan di kedai tidak boleh gunakan aplikasi MAE,” katanya pada Isnin.

Selain itu, seorang pelanggan Hamid Hassan berpandangan, pihak bank sehingga kini masih gagal mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung masalah tersebut.

“Maybank tolong buat kenyataan tentang masalah MAE hari ini. Jangan buat kami tertunggu-tunggu tanpa sebarang jawapan,” ujarnya.

Menurut komen pengguna Myth Starz, Maybank perlu menggunakan semula sistem nombor kod pengesahan transaksi (TAC) kerana lebih mudah melakukan transaksi.

Artikel Berkaitan:

“Tidak logik asyik alami masalah yang sama setiap masa. Lebih baik kembalikan semula sistem TAC daripada menggunakan Maybank2U. Saya stres bila jadi macam ini,” tulisnya.

Bagi pelanggan MR Hazelnut, sistem perbankan yang tidak seragam menyebabkan banyak masalah dan menyusahkan banyak pihak.

“Bank lain gunakan satu aplikasi sahaja sudah okay. Maybank guna banyak sangat aplikasi sampai menyusahkan kami,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!