Demam denggi rekod 229 kes, satu kematian

Kes demam denggi merekodkan satu kematian selain mencatatkan peningkatan pada Minggu Epid ke 47/2023 apabila sebanyak 229 kes dilaporkan berbanding 183 kes pada Minggu Epid 46/2023. Gambar kecil: Tian Soon
Kes demam denggi merekodkan satu kematian selain mencatatkan peningkatan pada Minggu Epid ke 47/2023 apabila sebanyak 229 kes dilaporkan berbanding 183 kes pada Minggu Epid 46/2023. Gambar kecil: Tian Soon
A
A
A

JOHOR BAHRU – Kes demam denggi merekodkan satu kematian selain mencatatkan peningkatan pada Minggu Epid ke 47/2023 apabila sebanyak 229 kes dilaporkan berbanding 183 kes pada Minggu Epid 46/2023.

Menurut Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, secara kumulatif, bagi Minggu Epid ke 47/2023, sebanyak 9,487 kes dilaporkan dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 175 peratus berbanding tempoh sama pada 2022 iaitu 3,448 kes.

Katanya, daripada jumlah kes yang dilaporkan, sebanyak 3,798 kes (40 peratus) dilaporkan dari lokaliti wabak dan 5,689 kes (60 peratus) dari lokaliti bukan wabak.

“Pada Minggu Epid 47/2023, sebanyak 229 kes demam denggi telah dilaporkan dan bilangan ini meningkat 25 peratus berbanding minggu sebelumnya iaitu 183 kes pada Minggu Epid 46/2023.

“Daripada jumlah kes denggi yang dilaporkan sepanjang Minggu Epid 47/2023, 69 kes (30.1 peratus) dilaporkan dari lokaliti wabak dan 160 kes (69.9 peratus) dari lokaliti bukan wabak.

“Satu kes kematian dilaporkan pada Minggu Epid 47/2023 bagi seluruh Johor dan secara kumulatif kes kematian denggi sehingga Minggu Epid 47/2023 adalah 20 kes berbanding empat kes pada 2022 pada tempo sama, sekali gus menampakkan iaitu peningkatan sebanyak 400 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Tian Soon, Johor Bahru merekodkan daerah kes tertinggi iaitu 153 kes atau 66.8 peratus dari jumlah keseluruhan kes.

"Ini diikuti daerah Kulai (20 kes, 8.7 peratus), Kluang (16 kes, 7.0 peratus), Segamat (13 kes, 5.7 peratus), Batu Pahat (9 kes, 3.9 peratus), Kota Tinggi (7 kes, 3.1 peratus), Muar dan Pontian masing-masing (4 kes, 1.7 peratus), Mersing (2 kes, 0.9 peratus), dan Tangkak (1 kes, 0.4 peratus)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, kesemua daerah melaporkan peningkatan kes pada Minggu Epid 47/2023 berbanding Minggu 46/2023 kecuali daerah Kluang dan Tangkak.

Katanya, berdasarkan statistik berkenaan, daerah Muar, Tangkak, Batu Pahat, Kluang dan Kota Tinggi mencatatkan peningkatan kes pada Minggu Epid 45/2023 berbanding Minggu 44/2023.

Sementara itu, Tian Soon berkata, aktiviti penguatkuasaan juga telah dijalankan dan sebanyak 4,964 kompaun telah dikeluarkan dengan nilai kompaun sebanyak RM2,522,600 telah ditawarkan.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini hanya seramai 67 peratus telah membayar kompaun berkenaan.

“Aktiviti pemusnahan tempat pembiakan (PTP) terus dijalankan oleh anggota kesihatan di dalam dan luar rumah.

“Penemuan tempat pembiakan serta tempat berisiko pembiakan jelas menunjukkan masyarakat masih lagi belum peka kepada keperluan pembersihan dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!