Mangsa banjir sangguh kayuh perahu pulang ke rumah beri makan kucing

Wan Muhd Jeffri memberi makanan kepada kucing peliharaannya yang kelaparan ketika tinjauan pada Isnin. - Foto: Bernama
Wan Muhd Jeffri memberi makanan kepada kucing peliharaannya yang kelaparan ketika tinjauan pada Isnin. - Foto: Bernama
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh dekat sini sanggup mendayung perahu pulang ke rumah sejauh 100 meter setiap hari semata-mata untuk memberi makan dua ekor kucing kesayangannya yang kelaparan.

Wan Mohd Jeffri Wan Mazlan, 30, berkata, kesemua ahli keluarganya sudah berpindah ke PPS berkenaan, namun dua kucing itu terpaksa ditinggalkan di rumah.

Dia yang tinggal di Kampung Tersang dekat sini berkata, rumahnya belum ditenggelami banjir tetapi kawasan sekeliling rumah sudah dinaiki air sedalam kira-kira satu meter.

"Saya sebenarnya mahu membawa dua kucing yang diberi nama Amat dan Melah ke PPS, tetapi bimbang menganggu orang lain, jadi saya tinggalkan di rumah.

"Bagaimanapun, saya akan pastikan pulang ke rumah setiap hari bagi menjenguk haiwan kesayangan kami itu sekali gus melihat keadaan rumah yang ditinggalkan,” katanya ketika ditemui pada Isnin.

Wan Muhd Jeffri sanggup mendayung sampan meredah banjir untuk memberi makanan kepada kucing peliharaannya yang kelaparan, ketika tinjauan pada Isnin. - Foto: Bernama
Banjir termenung menyebabkan sebahagian penduduk kampung itu terpaksa berpindah ke PPS SK Tok Deh.
Setakat 2 petang seramai 243 mangsa daripada 84 keluarga kini berlindung di PPS tersebut.
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Wan Muhd Jeffri sanggup mendayung sampan meredah banjir untuk memberi makanan kepada kucing peliharaannya yang kelaparan, ketika tinjauan pada Isnin. - Foto: Bernama Banjir termenung menyebabkan sebahagian penduduk kampung itu terpaksa berpindah ke PPS SK Tok Deh. Setakat 2 petang seramai 243 mangsa daripada 84 keluarga kini berlindung di PPS tersebut. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dalam pada itu, tinjauan ke PPS SK Tok Deh mendapati sebanyak 243 mangsa daripada 84 keluarga berlindung di PPS tersebut iaitu dari Kampung Tok Deh, Tersang dan Bendang Nyior.

Pengarah Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, Nik Mohamed Noor Nik Ishak berkata, keadaan banjir di negeri itu masih terkawal dan kesemua mangsa di kawasan terjejas akur dengan arahan perpindahan.

Artikel Berkaitan:

"Pihak berkuasa akan sentiasa memantau keadaan dan menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi arahan sekiranya diminta berpindah.

"Kesemua agensi terutamanya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan bekerjasama dalam menangani musibah banjir,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!