Malaysia, Monaco akan perkukuh pertumbuhan ekonomi mampan

Putera Monaco Putera Albert II (tengah) dan Tengku Zafrul (kanan) ketika hadir pada Forum Ekonomi Monaco 2023 di sebuah hotel pada Isnin. Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua dari kiri) dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (dua dari kanan). - Foto: Bernama
Putera Monaco Putera Albert II (tengah) dan Tengku Zafrul (kanan) ketika hadir pada Forum Ekonomi Monaco 2023 di sebuah hotel pada Isnin. Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua dari kiri) dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (dua dari kanan). - Foto: Bernama
A
A
A

MALAYSIA komited untuk bekerjasama dengan Monaco bagi menjalin perkongsian lebih kukuh ke arah pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, berikutan itu, adalah penting bagi Malaysia dan Monaco untuk meneruskan libat urus bersama di semua peringkat, khususnya dalam mengembangkan prospek perniagaan.

"Pada masa sama, kedua-dua negara juga perlu mengurangkan dinamik geopolitik global dan memanfaatkan hubungan dua hala yang baik serta dipupuk di bawah kepimpinan dinamik kedua-dua negara," katanya ketika berucap pada Forum Ekonomi Monaco 2023 pada Isnin.

Tengku Zafrul turut menegaskan pendirian Malaysia sebagai sebuah negara yang pro atau mesra perniagaan, pelabur dan perdagangan.

Putera Monaco Putera Albert II (dua dari kiri) dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (dua, kanan) menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Komodor Royal Selangor Yacht Club, Che Wan Mohamed Azuar (kanan) dengan Setiausaha Agung Yacht Club de Monaco, Bernard d' Alessandri (kiri) sempena Forum Economi Monaco 2023 pada Isnin. - Foto: Bernama
-- fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, Nov 27 -- Prince Albert II of Monaco (second, left) and Raja Muda of Selangor, Tengku Amir Shah (second, right) witnessing the Memorandum of Understanding (MoU) signing ceremony between Commodore of the Royal Selangor Yacht Club, Che Wan Mohamed Azuar (right) and General Secretary of the Yacht Club de Monaco, Bernard d' Alessandri (left) in conjunction with the Monaco Economic Forum 2023 today.
-- fotoBERNAMA (2023) COPYRIGHT RESERVED
Putera Monaco Putera Albert II (dua dari kiri) dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (dua, kanan) menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Komodor Royal Selangor Yacht Club, Che Wan Mohamed Azuar (kanan) dengan Setiausaha Agung Yacht Club de Monaco, Bernard d' Alessandri (kiri) sempena Forum Economi Monaco 2023 pada Isnin. - Foto: Bernama -- fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, Nov 27 -- Prince Albert II of Monaco (second, left) and Raja Muda of Selangor, Tengku Amir Shah (second, right) witnessing the Memorandum of Understanding (MoU) signing ceremony between Commodore of the Royal Selangor Yacht Club, Che Wan Mohamed Azuar (right) and General Secretary of the Yacht Club de Monaco, Bernard d' Alessandri (left) in conjunction with the Monaco Economic Forum 2023 today. -- fotoBERNAMA (2023) COPYRIGHT RESERVED

"Kita menekankan aspek kepastian yang jelas, kewibawaan, kecekapan dan ketelusan dalam dasar serta penyampaian perkhidmatan,” katanya.

Forum berkenaan dianjurkan oleh Pejabat Konsul Kehormat Monaco di Kuala Lumpur bersempena lawatan negara pertama Putera Albert II ke Malaysia pada 26-29 November.

Kunjungan itu turut menekankan kepentingan langkah diplomatik serta bukti sentimen optimis yang terus ketara bagi mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pada majlis sama, Kelab Kapal Layar Yacht Club de Monaco dan Kelab Kapal Layar Diraja Selangor (RYSC) mengukuhkan lagi hubungan serta kerjasama menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU).

RYSC adalah di bawah Naungan Diraja Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah manakala Putera Albert II merupakan Presiden Kelab Kapal Layar Monaco. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!