Uzbekistan halangan pertama Harimau Muda di Qatar 2024

Pemain Harimau Muda giat menjalani latihan sebagai persediaan pusingan akhir Piala Asia B-23 Qatar 2024. - Foto: FAM
Pemain Harimau Muda giat menjalani latihan sebagai persediaan pusingan akhir Piala Asia B-23 Qatar 2024. - Foto: FAM
A
A
A

UZBEKISTAN menjadi lawan pertama Harimau Muda apabila menyingkap saingan pusingan akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) Qatar 2024 di Stadium Antarabangsa Khalifa pada 17 April tahun depan.

Anak buah Juan Torres Garrido yang diundi dalam Kumpulan D, kemudian akan berdepan gergasi Asia Tenggara, Vietnam dalam aksi kedua di venue sama pada 20 April.

Kuwait menjadi lawan terakhir skuad Garrido dalam aksi yang dijadualkan berlangsung di Stadium Saoud Bin Abdulrahman pada 23 April.

Dua pasukan teratas layak ke suku akhir akan bertemu juara, naib juara kumpulan C pada 26 April.

Skuad muda negara mara ke pusingan akhir B23 Qatar 2024 dengan status empat pasukan naib juara dalam kempen kelayakan.

Harimau Muda yang dibawah kendalian E Elavarasan ketika itu melakar dua kemenangan dan satu kekalahan dalam aksi Kumpulan H.

Ia adalah penampilan ketiga skuad negara di Piala Asia B23 selepas melakukannya pada tahun 2018 dan 2022.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Harimau Muda pada kempen itu adalah ketika dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee sebelum dihentikan Korea Selatan, 1-2 di suku akhir pada edisi China 2018.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!