Lima bencana terowong terburuk

Terowong terbakar di Mont Blanc di Perancis. - Agensi
Terowong terbakar di Mont Blanc di Perancis. - Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan insiden terowong jalan runtuh yang berlaku di negeri utara Uttarakand sehingga menyebabkan 41 pekerja lelaki masih terperangkap sehingga hari ini.

Ketika ini, usaha menyelamat masih diteruskan apabila semua mangsa didapati masih hidup selepas terperangkap dalam terowong yang menghubungkan Uttarkarshi dan Yamunothi sejak 12 November lalu.

Di bawah merupakan beberapa kejadian hampir sama yang berlaku di seluruh dunia membabitkan mangsa terperangkap dalam terowong.

1. Terowong Mont Blanc, Perancis (1999)

Pada 24 Mac 1999, sebuah trak mengangkut tepung dan mentega dilaporkan terbakar semasa dalam perjalanan melalui Terowong Mont Blanc yang terletak antara Perancis dan Itali.

Insiden itu menyebabkan kenderaan melalui terowong sepanjang 11.6 kilometer turut terbakar sehingga mengorbankan 39 orang manakala 14 lagi cedera.

Selepas kejadian itu, aspek keselamatan terowong telah dinaik taraf supaya kejadian sama tidak berulang.

2. Terowong Sasago, Jepun (2012)

Artikel Berkaitan:

Pada 2 Disember 2012, satu insiden membabitkan 150 tiang konkrit dalam Terowong Sasago menuju ke Tokyo dilaporkan telah runtuh dan mengorbankan sembilan pengguna jalan raya.Kejadian itu menyebabkan tiga kenderaan hancur termasuk sebuah van yang membawa enam penumpang telah terbakar.

Insiden kemalangan jalan raya paling ngeri dalam sejarah Jepun menyebabkan terowong itu ditutup selama 27 hari dan dibuka semula pada 29 Disember pada tahun yang sama.

Terowong Sasago, Jepun. - Agensi
Terowong Sasago, Jepun. - Agensi

3. Terowong stesen janakuasa Da Dang-Da Chomo, Vietnam (2014)

Seramai 12 pekerja yang terperangkap dalam terowong yang runtuh di loji jana kuasa Do Dang-Da Como, berjaya dibawa keluar anggota penyelamat selepas mereka terperangkap selama 12 jam di situ.

Semasa kejadian itu, pasukan penyelamat terpaksa menggerudi lubang untuk menghantar makanan dan oksiden ke dalam terowong itu.

Difahamkan punca terowong runtuh akibat hujan lebat ketika itu dan pakar mempercayai ciri geologi lemah berkemungkinan menyebabkan bencana berlaku.

Terowong runtuh di Vietnam. - Agensi
Terowong runtuh di Vietnam. - Agensi

4. Terowong kereta api di Guizhou, China (2017)

Seramai 12 orang maut dalam satu letupan dalam terowong kereta api berkelajuan tinggi wilayah Guizhou.

Lebih 2,000 anggota penyelamat melakukan operasi mencari mangsa yang dikatakan masih hilang ketika itu.

Punca kemalangan masih disiasat, namun difahamkan ia dibina di laluan arang batu di kawasan tersebut.


Terowong kereta api runtuh di Guizhou, China. - Agensi
Terowong kereta api runtuh di Guizhou, China. - Agensi

5. Terowong Tapovan, India (2021)

Pada Februari 2021, satu kejadian banjir kilat di Uttarakhand yang dicetuskan runtuhan salji dan ais batu telah menyebabkan kira-kira 200 orang terbunuh atau masih hilang.

Sehingga Mei 2021, kira-kira 83 mayat dan 36 tubuh manusia daripada 204 orang yang hilang telah ditemui.

Pada masa sama, sekurang-kurangnya 17 daripada 30 pekerja terowong dikhuatiri maut selepas terperangkap dalam terowong Tapovan akibat bencana tersebut. - Agensi

Terowong Tapovan di India. - Agensi
Terowong Tapovan di India. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!