Jumlah mangsa 'banjir termenung' di Segamat tinggal 11 orang

402464
402464
A
A
A

JOHOR BAHRU - Hanya 11 orang daripada tiga keluarga di Kampung Batu Badak dekat Segamat, masih terjejas akibat banjir sehingga malam ini berbanding 30 orang daripada tujuh keluarga pagi tadi.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon menerusi kenyataan berkata, setakat 8 malam, kesemua mereka berada di pusat pemindahan sementara di balai raya kampung berkenaan yang mula dibuka sejak 15 Disember lepas.

Menurutnya, berdasarkan cuaca cerah hari ini dan air yang semakin surut, kesemua mereka dijangka boleh pulang ke rumah masing-masing esok. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!