Gencatan senjata diharap akhiri perang, keganasan ke atas rakyat Palestin - Hamas
PASUKAN pejuang Hamas dari Palestin berharap perang dan keganasan akan dihentikan ke atas rakyat Palestin, kata pemimpin Hamas, Ghazi Hamad kepada portal berita Al Jazeera.
“Saya berharap kita dapat lanjutkan (gencatan senjata) sehingga kita dapat mengakhiri peperangan ini dan keganasan ke atas rakyat kita di Gaza,” kata anggota biro politik Hamas itu.
“Saya fikir terdapat sokongan yang baik daripada kerajaan Qatar dan Mesir... bahkan dari kerajaan-kerajaan Barat juga. Kesemua mereka mahu gencatan senjata dilaksanakan,” ujar Ghazi lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!