Ronaldo jujur, tolak penalti

Ronaldo menunjukkan isyarat jari menolak penalti. Foto AFP
Ronaldo menunjukkan isyarat jari menolak penalti. Foto AFP
A
A
A

PEMAIN sensasi, Cristiano Ronaldo menunjukkan watak profesionalnya semasa memimpin Al-Nassr mara ke saingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia setelah terikat gol dengan kelab Iran, Persepolis awal pagi Selasa.

Pemain berusia 38 tahun itu disanjung peminat kerana bersikap jujur apabila menolak sepakan penalti yang diberikan oleh pengadil dari China, Ma Ning pada minit kedua.

Insiden bermula apabila bekas bintang Liverpool, Sadio Mane membuat sepakan silang dari sebelah kanan untuk mencari kaptennya.

Ronaldo pada awalnya cuba melakukan voli, namun apabila dihadang oleh pemain lawan dia berusaha untuk merebut bola kembali.

Semasa berpusing untuk mendapatkan bola, dia terjatuh dan Ning kemudian menghadiahkan sepakan penalti sekali gus mengundang berang pemain Persepolis.

Ronaldo kemudian bangun dan menunjukkan isyarat jari agar pengadil menukar keputusannya.

Ning mengarahkan semakan video pembantu pengadil (VAR) dan akhirnya mengubah keputusannya kerana ulang tayang menunjukkan tiada sebarang terjahan ke atas Ronaldo.

Kombinasi VAR dan kejujuran Ronaldo melegakan Persepolis.

Artikel Berkaitan:

Aksi ditamatkan tanpa jaringan dengan pemain Al Nassr, Ali Lajami dibuang padang pada minit ke-17.

Pasukan Liga Pro Saudi itu berada di takhta Kumpulan E dengan 13 mata selepas lima aksi dan lima mata di depan Persepolis di tempat kedua.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!