Peruntukan ahli Parlimen: Tun M dakwa wujud pemberian lain

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM - Peruntukan yang diberi kepada ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa sebagai salah satu bentuk rasuah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mendakwa, wujud pemberian lain yang diakui oleh wakil rakyat daripada parti berkenaan.

“Kata Perdana Menteri, sokongan oleh wakil rakyat Bersatu bukan kerana sogokan. Tetapi wakil rakyat parti itu beralih sokongan mengaku mereka diberi peruntukan untuk kawasan mereka yang biasanya disalurkan kepada wakil rakyat kerajaan sahaja.

“Ada pemberian lain juga diakui oleh wakil rakyat Bersatu. Segala pemberian ini tetap rasuah kerana yang tidak sokong Perdana Menteri tidak dapat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, Anwar menegaskan bahawa pihaknya akan tetap menyalurkan peruntukan itu secara terus kepada rakyat dan tidak menerusi ahli Parlimen.

Anwar berkata, tiada keperluan untuk memberikan peruntukan kepada pihak yang sentiasa mencerca kerajaan dan secara berterusan mengeluarkan sangkaan buruk.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!