Seorang warga Palestin maut ditembak
RAMALLAH - Seorang warga Palestin maut akibat ditembak tentera Israel di barat Ramallah di Tebing Barat pada Isnin malam.
Ini menjadikan angka kematian penduduk Palestin di wilayah itu kepada 240 orang sejak 7 Oktober.
"Kami telah menerima jenazah seorang penduduk di Kompleks Perubatan Palestin dari bandar Beitunia, barat Ramallah," menurut Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan media.
Saksi memberitahu Agensi Anadolu bahawa tentera Israel menyerbu bandar Beitunia dan melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah puluhan penduduk Palestin.
Menurut saksi pertempuran kemudiannya tercetus dengan beberapa warga Palestin cedera. - Bernama-Anadolu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!