Tanam anak hidup-hidup ketika gerhana matahari cincin

No Image Caption
A
A
A

NEW DELHI - Sekumpulan ibu bapa di India yang percaya dengan 'ritual penyembuhan' bertindak menanam anak mereka hidup-hidup ketika fenomena gerhana matahari cincin pada Khamis lalu.

Kira-kira 10 kanak-kanak dicampakkan dalam lubang sebelum lumpur dicampakkan kepada mereka dan ditanam sehingga paras leher.

Rakaman video tersebut memaparkan mereka turut menangis ketika upacara di perkampungan Taj-Sultanpur itu dijalankan walaupun ditemani keluarga masing-masing.

Difahamkan, kesemua kanak-kanak itu dibiarkan dalam keadaan itu sehingga fenomena tersebut berakhir.

Penduduk setempat memberitahu, ibu bapa yang terlibat dalam ritual itu dimaklumkan tentang kelebihan gerhana matahari itu yang didakwa dapat menyembuhkan anak mereka.

Pasukan petugas perlindungan kanak-kanak bergegas ke kampung terbabit sejurus menerima laporan tentang insiden itu.

"Kami bertindak menyelamatkan kesemua mangsa dan mengarahkan polis supaya menyiasat perkara tersebut.

"Kami juga telah memberi penjelasan kepada mereka supaya tidak terlibat amalan karut seperti itu," kata Timbalan Pesuruhjaya Kalaburagi, B Sharath.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, kesemua mangsa dikembalikan semula kepada ibu bapa masing-masing selepas diberi sesi kaunseling malah mereka yang terlibat juga diberi amaran tegas. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!