MDPT, NCIA laksana Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan Mong Gajah Tasik Pedu

Mohd Salleh sesi penggulungan di Sidang DUN Kedah pada Selasa.
Mohd Salleh sesi penggulungan di Sidang DUN Kedah pada Selasa.
A
A
A

ALOR SETAR - Majlis Daerah Padang Terap dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) akan melaksanakan Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan Mong Gajah Tasik Pedu yang akan dilaksanakan tahun hadapan.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Keusahawanan negeri Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata, projek berkenaan dijangka siap pada awal 2025.

Katanya, melalui komponen projek berkenaan akan diwujudkan satu dataran terbuka untuk tapak karavan, tapak perkhemahan dan rekreasi keluarga.

"Selain itu juga melalui Majlis Daerah Padang Terap, kita sedang dalam perancangan untuk membangun kemudahan rekreasi di Gunung Kerengga dan juga di kawasan Rekreasi Tapak Operasi Majlis Daerah Padang Terap di Tasik Pedu," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Selasa.

Selain itu, mengulas mengenai kelewatan feri ke Langkawi, Mohd Salleh berkata, beliau telah mengadakan pertemuan bersama Konsortium Ferry Line Sdn Bhd dan Jabatan Laut Malaysia.

"Dalam pertemuan tersebut, konsortium dengan pengesahan Jabatan Laut Malaysia menjawab isu kelewatan feri adalah berpunca dari masalah paras air laut di Terminal Kuala Kedah dan juga Terminal Kuala Perlis.

"Namun, Konsortium tetap menjalankan trip pengangkutan sebanyak lima trip sehari kebiasaan dan tujuh trip sehari ketika permintaan tinggi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!