Penyewa dari 'neraka' biar bilik dipenuhi sampah

Bilik sewa yang dipenuhi sampah ditinggalkan seorang penyewa wanita sehingga mengundang tikus. - Foto Agensi
Bilik sewa yang dipenuhi sampah ditinggalkan seorang penyewa wanita sehingga mengundang tikus. - Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK - Seorang pemilik rumah tidak menyangka penyewanya yang selama ini berketerampilan menarik, rupa-rupaya seorang pengotor apabila membiarkan bilik disewanya dipenuhi sampah-sarap, lapor Thaiger.

Pemilik rumah sewa, Namwan Panadda berkata, bilik itu telah disewa kepada seorang wanita berusia 42 tahun, turut menjadi tempat pembiakan ular, cacing dan tikus.

Walaupun penyewa itu seorang penjawat awam, bilik yang disewa bulanan sebanyak 1,500 baht (RM201) tidak menggambarkan sifat peribadinya sebagai seorang pembersih apabila tergamak membiarkan sampah menimbun hampir mencapai siling rumah itu.

Susulan terlalu banyak sampah dan berbau sangat busuk, Namwan terpaksa berkongsi masalah itu dalam Facebook dan meminta cadangan untuk menghilangkan bau persekitaran di bilik tersebut.

Selepas mendapat beberapa cadangan yang bernas, Namwan dan suaminya terpaksa membelanjakan lebih 3,000 baht (RM402) untuk membeli alat kelengkapan membuang sampah yang dipercayai ditinggalkan hampir dua tahun itu.

Sebelum rahsia penyewa kotor ini terbongkar, seorang penyewa berhampiran pernah membuat laporan mengenai kehadiran ular dan tikus dari bilik itu.

Selepas gambar bilik itu tular, penyewa tersebut telah menghubungi Namwan dan mendakwanya telah menceroboh biliknya dan mendakwa dia hanya menyimpan 'barangan berharga' dan bukannya sampah.

Susulan dakwaan tidak berasas itu, Namran terpaksa membuat laporan di Balai Polis Hua Mak, Bangkok untuk tindakan susulan pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sejak dari itu penyewa tidak pernah menghubunginya dan dia kini sedang mencari penyewa baharu bagi mengisi bilik tersebut. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!