Bomba berjaya pujuk remaja OKU cuba cederakan diri

Mangsa berjaya dipujuk diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya. - Foto: JBPM Perak
Mangsa berjaya dipujuk diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya. - Foto: JBPM Perak
A
A
A

TAIPING - Anggota bomba berjaya memujuk seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang dipercayai cuba mencederakan diri di dalam sebuah bilik di Taman Long Jaafar dekat sini awal pagi Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 1.45 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping yang tiba dilokasi pada 1.53 pagi mendapati seorang lelaki berusia 21 tahun yang juga pesakit psikiatri cuba mencederakan diri menggunakan pisau di dalam bilik.

“Mangsa berjaya dipujuk diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya satu dalam kenyataan.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ridwan Sudin tamat jam jam 2.54 pagi. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!