Lari dalam hutan tinggal bot elak ditahan

PGA Batalion 7 merampas 300,000 batang rokok yang cuba diseludup masuk secara tidak sah ke negara ini melalui sungai Golok untuk pasaran tempatan.
PGA Batalion 7 merampas 300,000 batang rokok yang cuba diseludup masuk secara tidak sah ke negara ini melalui sungai Golok untuk pasaran tempatan.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Polis merampas 1,500 karton rokok yang cuba diseludup masuk secara tidak sah ke negara ini di pangkalan haram tanjung baru berhampiran Kampung Tok Rusa malam tadi.

Dalam serbuan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan jam 11 malam itu, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Toyota Unser, bot dan enjin yang digunakan untuk menyeludup 300,000 batang rokok tersebut.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, nilai rampasan keseluruhan termasuk rokok dan peralatan yang digunakan untuk aktiviti tersebut berjumlah RM473,000.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota yang membuat intipan di pangkalan haram tanjung baru melihat sebuah bot dari arah sungai Golok menghala memasuki anak sungai di Kampung Tok Rusa.

"Intipan lanjut yang dilakukan membawa kepada penemuan sekumpulan lelaki sedang memunggah kotak-kotak berbungkus plastik hitam dari bot tersebut ke sebuah kenderaan," katanya.

Sebuah kereta jenis Toyota Unser dan sebuah bot turut dirampas dalam serbuan.
Sebuah kereta jenis Toyota Unser dan sebuah bot turut dirampas dalam serbuan.

Menurutnya, sejurus menyedari kehadiran anggota PGA Batalion 7, sekumpulan lelaki terbabit telah bertindak melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran dengan meninggalkan bot dan kenderaan.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu telah menjumpai 1,500 karton rokok.

Artikel Berkaitan:

Azhari berkata, hasil maklumat risikan bekalan rokok seludup itu dipercayai untuk pasaran tempatan.

Katanya, PGA akan terus melipat gandakan operasi dalam membanteras sebarang aktiviti melibatkan jenayah lintas sempadan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!