PruBSN gigih rapat jurang perlindungan pelbagai pasaran


WAN SAIFULRIZAL
WAN SAIFULRIZAL
A
A
A
PRUDENTIAL BSN Takaful Berhad (PruBSN) berjaya meraih tiga penghormatan bagi kecemerlangannya dalam inovasi produk dan komunikasi pemasaran.

PruBSN memenangi anugerah emas dalam kategori ‘Best Small Budget Campaign’ pada majlis anugerah Dragons Malaysia 2018 bagi Kempen Kesedaran Medikal #TipsPruBSN di Facebook Live yang bertujuan menangani isu-isu berkaitan kesihatan dan kesejahteraan yang relevan dengan rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, pada majlis Effie Awards Malaysia 2018, PruBSN turut menerima anugerah gangsa bagi kategori Produk & Perkhidmatan Sektor Kewangan yang mengiktiraf keberkesanan inisiatif pemasaran bagi pelan asas PruBSN Anugerah.

Syarikat itu juga berjaya membawa pulang anugerah Excellence in Takaful Services di Malaysia Excellence Business Awards 2018 atas sumbangannya memajukan industri takaful.

Ketua Pegawai Pemasaran PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, penghargaan ini mencerminkan kegigihan syarikat meningkatkan kesedaran kesihatan dan merapatkan jurang perlindungan bagi pelbagai segmen pasaran.
Artikel Berkaitan:


"Kami amat berterima kasih atas sokongan berterusan daripada semua pelanggan, warga kerja, ejen dan rakan kongsi kami yang telah memberikan sepenuh kepercayaan terhadap apa yang kami lakukan," katanya.

PruBSN merupakan syarikat pengendali takaful terkemuka yang menawarkan pelan-pelan perlindungan, simpanan, serta kesihatan inovatif untuk lebih 800,000 pelanggan di seluruh negara.

Selama beroperasi, PruBSN telah mempelbagaikan portfolionya malah turut menjalin kerjasama dengan rakan-rakan teknologi kesihatan terkemuka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!