Mayat warga Australia ditemukan terapung, tersangkut pada bot

Mayat seorang warga emas ditemukan terapung berdekatan Jeti Kuah, Langkawi malam tadi.
Mayat seorang warga emas ditemukan terapung berdekatan Jeti Kuah, Langkawi malam tadi.
A
A
A

ALOR SETAR - Mayat seorang lelaki warga Australia ditemukan terapung dan tersangkut pada sebuah bot berhampiran laluan keluar masuk feri di Terminal Feri Langkawi, Kuah di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa yang berusia 81 tahun dikenali sebagai David John.

"Sebuah bot didapati dalam keadaan terlangkup sebelum feri terakhir yang membawa penumpang dari Kuala Perlis itu berlabuh di jeti.

"Apabila feri menghampiri jeti, bot tersebut berpusing dan timbul mayat berdekatan bot terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, susulan itu, pihak bomba telah dipanggil bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa.

Mohf Iqbal berkata, mayat warga emas itu kemudiannya dibawa ke Hospital Langkawi untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!