Sila log masuk terlebih dahulu.

Tekong darat Geng Otong dipenjara 5 tahun

29 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 29 NOVEMBER 2023

Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap seorang tekong darat kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang penyeludupan migran Geng Otong antara 2015 sehingga 2020, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar menjatuhi hukuman itu selepas Mohammad Zaheer Ali, 34, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mahkamah menetapkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap tertuduh pada pada 4 Jun 2020.

Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada tiga cahaya mata itu didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang yang dikenali Geng Otong di daerah Kota Tinggi antara 1 Januari 2015 sehingga 4 Jun 2020.

ARTIKEL BERKAITAN:

1) https://www.sinarharian.com.my/article/637118/berita/semasa/tekong-darat-geng-otong-dipenjara-5-tahun

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini