Gunung berapi Anak Krakatau meletus 87 kali sejak Januari

Pada Selasa, terdapat sembilan letusan dengan yang tertinggi mencapai 2,000 meter di atas puncak manakala 12 lagi letusan pada Isnin. - Foto: FB Fino Mena
Pada Selasa, terdapat sembilan letusan dengan yang tertinggi mencapai 2,000 meter di atas puncak manakala 12 lagi letusan pada Isnin. - Foto: FB Fino Mena
A
A
A

JAKARTA - Gunung berapi Anak Krakatau di Selat Sunda meletus sebanyak 87 kali pada tahun ini, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG).

Sehingga pagi Rabu, gunung berapi di wilayah Lampung itu masih aktif dengan tiga letusan baru-baru ini mencapai ketinggian 150 hingga 300 meter, mengeluarkan asap berwarna kelabu dengan intensiti sederhana hingga tebal.

Pada Selasa, terdapat sembilan letusan dengan yang tertinggi mencapai 2,000 meter di atas puncak manakala 12 lagi letusan pada Isnin.

PVMBG menasihatkan penduduk supaya berada sekurang-kurangnya lima kilometer dari kawah aktif.

Ini berikutan peningkatan aktiviti gunung berapi yang kini diklasifikasikan sebagai Tahap III atau status berjaga-jaga.

Walaupun kabus, gunung berapi pada ketinggian 157 meter dari paras laut itu dapat dilihat dalam keadaan cuaca tertentu, lapor pusat itu.

Pada Disember 2018, berlaku tsunami gunung berapi disebabkan runtuhan di bahagian barat daya Anak Krakatau yang mengakibatkan tanah runtuh.

Kejadian itu meragut 426 nyawa dan mengakibatkan paling banyak kematian sejak tsunami Krakatau pada tahun 1883.

Artikel Berkaitan:

Selat Sunda yang terletak di antara pulau-pulau Jawa dan Sumatera di Indonesia, terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik yang terkenal dengan aktiviti seismik dan gunung berapi. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!