Siasat dakwaan wanita bertudung hadir pesta Loy Kratong

Konsert yang diadakan di Pesta Loy Krathong di Bachok yang melanggar syarat permit kerana ada persembahan penyanyi dari Thailand yang berpakaian seksi selain kehadiran orang Islam.
Konsert yang diadakan di Pesta Loy Krathong di Bachok yang melanggar syarat permit kerana ada persembahan penyanyi dari Thailand yang berpakaian seksi selain kehadiran orang Islam.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri melalui Majlis Jajahan Bachok akan melakukan siasatan berhubung dakwaan ada beberapa individu bertudung yang memasuki kawasan pesta Loy Kratong di Wat Pathumviharn, Kampung Balai Jumaat lalu.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, bagaimanapun beliau belum menerima aduan rasmi berkaitan perkara itu.

Menurutnya, rakaman yang tular sebelum ini juga tidak menunjukkan sebarang kelibat wanita yang memakai tudung di kawasan itu.

Hilmi
Hilmi

"Rakaman itu hanya 30 saat, kita tidak dapat mengesan wanita yang didakwa itu dan tiada rakaman lain yang boleh dirujuk," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco pada Rabu.

Sebelum ini tular satu rakaman sebelum ini hanya dakwaan program itu tiada permit sedangkan penganjur sudah mematuhi semua syarat," katanya.

Hilmi pada Selasa sudah memaklumkan penganjur mematuhi syarat namun berlaku beberapa pelanggaran iaitu gagal mengawal kemasukan pengunjung luar.

Wanita PKR Kelantan pada Isnin menggesa kerajaan negeri menyiasat satu persembahan pentas yang memaparkan aksi penyanyi perempuan yang seksi

Artikel Berkaitan:

Ketuanya, Nor Azmiza Mamat berkata, persembahan hiburan

di Kelantan tidak sepatutnya berlaku aksi sebegitu.

Dalam pada itu, jelas Hilmi, kerajaan negeri menyerahkan keputusan kepada Majlis Daerah Bachok sama ada dikenakan denda atau amaran kepada penganjur susulan situasi yang berlaku di pesta itu.

"Kita masih menunggu keputusan yang dibuat Ketua Jajahan Majlis Daerah Bachok.

“Sebenarnya pelanggaran syarat yang berlaku bukanlah isu besar kerana acara berkenaan mempunyai permit tetapi diperbesarkan oleh pihak tertentu," katanya.

Ketua Sami, Phor Than Plen dilaporkan berkata, perayaan berkenaan dianggap sebagai satu acara tahunan yang meriah oleh masyarakat Siam dan penganjur juga tidak mahu perkara itu diperbesarkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!