Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan semakin pulih

Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih apabila jumlah mangsa terus menurun setakat jam 8 malam ini. - Gambar hiasan
Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih apabila jumlah mangsa terus menurun setakat jam 8 malam ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih apabila jumlah mangsa terus menurun setakat jam 8 malam ini.

Di TERENGGANU, hanya 22 orang daripada lima keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol di daerah Kuala Terengganu.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu, satu PPS iaitu SK Rhu Sepuluh di daerah Setiu telah ditutup hari ini selepas kesemua sembilan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing tengah hari tadi.

Di KELANTAN pula, mangsa banjir berkurang kepada 317 orang daripada 101 keluarga malam ini berbanding 438 orang daripada 137 keluarga seperti direkodkan pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, di Pasir Mas, 231 orang daripada 79 keluarga berada di PPS SK Tok Deh.

Di Bachok, seramai 58 mangsa daripada 14 keluarga berlindung di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor manakala PPS SK Jelawat menempatkan 28 orang daripada lapan keluarga. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!