Tempoh reman lelaki cabul budak di tandas surau dilanjutkan

Rakaman CCTV menunjukkan suspek berlegar-legar di kawasan tandas surau sebelum memanggil mangsa.
Rakaman CCTV menunjukkan suspek berlegar-legar di kawasan tandas surau sebelum memanggil mangsa.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Tempoh perintah reman terhadap suspek cabul kanak-kanak sembilan tahun di tandas sebuah surau dilanjutkan selama empat hari lagi bagi membantu siasatan.

Perintah reman sehingga 2 Januari ini dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Mohammad Alif Abdul Aziz, pagi tadi.

Sebelum ini, suspek telah direman selama enam hari bermula 24 Disember dan berakhir hari ini.

Suspek ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Bedong setelah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kes cabul di tandas surau dekat Ambangan Heights Sungai Petani pada13 Disember lalu membabitkan dirinya tular di media sosial.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa mendakwa dipanggil seorang lelaki tidak dikenali ketika bermain di taman permainan ke bahagian tandas surau sebelum dipeluk dan dicabul.

Suspek (empat dari kiri) diiringi anggota polis untuk memohon perintah sambung reman pagi tadi.
Suspek (empat dari kiri) diiringi anggota polis untuk memohon perintah sambung reman pagi tadi.

Kejadian turut disaksikan kakak sepupu mangsa yang turut bermain bersama-sama di taman permainan terletak bersebelahan surau terbabit.

Melalui rakaman terbabit, suspek dilihat dengan jelas menunggang motosikal sebelum menghampiri kawasan tandas surau.

Artikel Berkaitan:

Suspek telah memanggil mangsa untuk menghampiri kawasan tandas sebelum memeluk sambil memegang bahagian sulit mangsa.

Tindakan mangsa yang meronta-ronta, akhirnya berjaya melepaskan diri dalam pelukan suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 9 tahun dicabul di tandas surau

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!