Rekaan Surface Pro 6, Surface Laptop 2 Microsoft lebih inovatif

A
A
A
Microsoft mengumumkan tempahan Surface Pro 6 dan Surface Laptop 2 termasuk Surface Surface for Business line-up telah boleh dibuat bermula 3 Januari lalu melalui peruncit dan penjual komersial yang disahkan.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Operasi Microsoft Malaysia, Michal Golebiewski berkata, Surface ini memberikan pengalaman menakjubkan dan menambahkan produktiviti.

"Malah dengan penggunaannya, Window dan Office, boleh menghubungkan cloud dan pengguna akan lebih kreatif memilih peranti Surface kerana ia memberikan pengalaman dan membantu pengguna mencapai impian mereka.

"Perkakasan yang terbaik dan bergaya adalah instrumen yang menyatukan penyelesaian terbaik dalam usaha kami membantu pengguna melancarkan kreativiti.

"Bagi pengguna dan perniagaan yang ingin mencipta penemuan baharu, Surface akan menjadi sahabat yang sempurna untuk membawa idea dan pemikiran mereka yang inovatif,” katanya.
Artikel Berkaitan:


Bagi Surface Laptop 2, Golebiewski berkata, ia memberikan prestasi luar biasa bagi pengguna yang mencari peranti bergaya dan konvensional.

"Ia ringan dengan kelajuan dan prestasi yang lebih baik didayakan oleh pemproses Intel® Quad Core™ Generasi ke-8, Surface Laptop 2 adalah 85 peratus lebih berkuasa.

"Ia direka menerusi reka bentuk premium, PixelSense™ Touch Display dan papan kekunci kelas terbaik," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!