Kapal OPV1 Maritim Malaysia sertai Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023

OPV1 antara kelompok 15 buah Kapal Maritim (KM) milik Maritim Malaysia yang menyertai Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023.
OPV1 antara kelompok 15 buah Kapal Maritim (KM) milik Maritim Malaysia yang menyertai Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023.
A
A
A

GEORGE TOWN - Kapal Peronda Luar Persisir Pertama (OPV1) antara kelompok 15 buah Kapal Maritim (KM) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang menyertai Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, pihak TH Heavy Engineering Berhad (THHE) kini sedang melakukan fasa 'sea trial' terhadap OPV1 dan ia kini belayar memasuki kawasan Pulau Pinang bersama-sama kapal lain.

Menurutnya, penyertaan kapal berkenaan dalam eksesais yang dilaksanakan oleh agensi itu adalah bertepatan dengan matlamat bagi menguji kemampuan sepenuhnya OPV1 sebelum ia diserahkan secara rasmi kepada Maritim Malaysia.

"Kapal yang berada dalam fasa 'sea trial' itu diuji selama empat hari bermula 28 November hingga 1 Disember dengan menempuh jarak sepanjang 630 batu nautika perairan Selat Melaka bermula dari Pelabuhan Klang dan akan tiba di Pulau Langkawi," katanya.

OPV1 bernombor 8305 berukuran 83 meter panjang dengan lebar 13.7 meter berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka waktu maksimum 21 hari tanpa ulang bekal.
OPV1 bernombor 8305 berukuran 83 meter panjang dengan lebar 13.7 meter berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka waktu maksimum 21 hari tanpa ulang bekal.



Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja di atas KM Pekan bagi memantau kesiagaan semua kapal dan anggota-anggota penguat kuasa yang terlibat dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023.

Turut hadir, Pengarah Ekesais, Kepten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah dan Pegawai Pemerintah KM Pekan, Kepten Maritim Mohd Yusri Hussin.

Hamid berkata, beliau berharap kesemua kapal yang mengikuti eksesais pada kali ini mencapai tahap yang dihasratkan.

Artikel Berkaitan:

OPV1 antara kelompok 15 buah Kapal Maritim (KM) milik Maritim Malaysia yang menyertai Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023.
OPV1 antara kelompok 15 buah Kapal Maritim (KM) milik Maritim Malaysia yang menyertai Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023.

"Saya juga berharap ia dapat meningkatkan kompetensi hampir 500 orang pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang menyertai eksesais itu selain mereka bersedia dengan keadaan operasi sebenar di masa akan datang," katanya.

OPV1 bernombor 8305 berukuran 83 meter panjang dengan lebar 13.7 meter berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka waktu maksimum 21 hari tanpa ulang bekal.

Ia juga dilengkapi dengan UAV, Meriam 30mm Smash Aselsan, berkelajuan 21 knot dengan menggunakan fasiliti seperti tapak pendaratan helikopter, bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) serta bilik tahanan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!