Suspek humban motosikal dalam tasik tampil serah diri

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

JEMPOL - Lelaki yang disyaki menghumban sebuah motosikal jenis Honda EX5 dalam kejadian pada Rabu telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, lelaki berusia 40 tahun itu hadir pada jam 7.30 malam dan telah memberikan kerjasama kepada pihak polis.

"Berdasarkan siasatan, dia mengaku telah mencampak motosikal tersebut ke dalam tasik dan pihak polis akan memanggil pemilik kenderaan untuk rakaman percakapan.

"Siasatan selesai dalam tempoh 24 jam dan suspek akan diberi jamin polis. Kertas siasatan akan dirujuk ke pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Menurutnya, kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan tidak berpuas hati dengan pemilik motosikal iaitu seorang wanita Indonesia, selepas didakwa mengganggu rumah tangga orang, punca kenderaan itu dihumban oleh seorang lelaki ke dalam tasik di Taman Tasik Bahau.

Kenderaan itu pada awalnya ditemukan oleh orang awam yang bersenam di lokasi pada jam 6.30 pagi, bagaimanapun mencetuskan tanda tanya orang ramai susulan tidak menemui penunggangnya.

Malah pasukan bomba dan penyelamat turut melakukan pencarian di dasar tasik tetapi tidak menemui sebarang penemuan ataupun tanda.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!