TCRS kembali dengan menu istimewa
THE Chicken Rice Shop (TCRS), kini kembali dengan menu istimewanya, Grilled Butter Chicken dengan keenakan mentega yang boleh dinikmati di cawangan TCRS di seluruh negara bermula sekarang hingga 21 Januari 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd, Wong Kah Yong berkata, menu akhir tahunan itu menjadi satu tradisi yang dihargai para penggemar TCRS dan hidangan yang sangat dinanti-nantikan setiap tahun.
“TCRS mengutamakan hidangan yang mewujudkan pengamalan kulinari dan menyentuh hati serta memenuhi cita rasa pelanggan. Kembalinya menu ini bukanlah sekadar tawaran bermusim, ia juga dibawa untuk meraikan pelanggan kami yang setia menyokong TCRS secara berterusan.
“Ia didatangkan khas untuk pelanggan di seluruh negara dan menu Grilled Butter Chicken menawarkan tiga pilihan set untuk memenuhi cita rasa yang berbeza. Setiap hidangan dilengkapkan dengan minuman soda Berry You Up yang serba baharu untuk pengalaman yang menarik,” katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau berkata, TCRS mengutamakan kepuasan pelanggan dan kembalinya menu Grilled Butter Chicken ini kerana menghargai sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi.
“Kami teruja untuk membawakan lebih banyak lagi keistimewaan kepada pelanggan kami pada tahun depan. Kami berharap untuk terus menyediakan pengalaman kulinari yang memenuhi cita rasa mereka,” katanya.
Beliau berkata, pada tahun ini, TCRS kembali membawakan hidangan Grilled Butter Chicken disempurnakan dengan limpahan sos mentega yang memukau.
Keenakan ayam panggang tanpa tulang bersama sos mentega keemasan yang menghasilkan rasa pekat berkrim, diserikan lagi dengan taburan daun kari dan cili merah pasti memikat pelanggan TCRS.
Ia merupakan hidangan yang paling sesuai untuk mengakhiri tahun ini dengan penuh kelazatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!