Nasib ibu berpantang tinggal dalam kereta dapat perhatian

Tular di media sosial ibu berpantang tinggal dalam sebuah kereta bersama anak-anaknya.
Tular di media sosial ibu berpantang tinggal dalam sebuah kereta bersama anak-anaknya.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Nasib seorang ibu sedang berpantang yang tinggal dalam sebuah kereta bersama anaknya dan tular pada malam Rabu mendapat perhatian Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari.

Menurutnya, semua pihak seperti pejabat agama daerah Kuala Muda, Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan beberapa agensi lain sedang bekerjasama untuk membantu wanita tersebut.

"Saya ambil maklum dan kini sedang berada di Dewan Rakyat. Hari ini hari terakhir persidangan Parlimen. Saya akan turun segera.

"Pagi ini, pegawai Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani dah turun bawa barang-barang keperluan seperti bakul makanan, pampers dan susu di tempat tinggal sementara (mereka)," katanya seperti yang dipetik melalui laman X pada Khamis.

Terdahulu tular di media sosial sebuah keluarga tidur dan berpantang bersama bayi berusia empat hari dalam kereta di Masjid Taman Ria, Sungai Petani, di sini.

Zakaria (kiri), Mohammad Yaakub Yusra (dua kiri) dan Natipah (dua kanan) bersama beberapa pihak semasa bertemu di MADAD pada Khamis.
Zakaria (kiri), Mohammad Yaakub Yusra (dua kiri) dan Natipah (dua kanan) bersama beberapa pihak semasa bertemu di MADAD pada Khamis.

Ibu tersebut bersama anak-anaknya kini ditempatkan sementara di MADAD dan menunggu agensi berkaitan menguruskan urusan-urusan berkaitan diselesaikan dengan segera.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan MADAD, Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof berkata, pihaknya sudah tampil membantu dengan membawa mereka ke pusat dakwah tersebut untuk menginap sementara kira-kira jam 10 malam pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

"Ramai pihak tampil dan cakna dengan apa yang menimpa keluarga ini. Jangan salahkan mana-mana pihak dan mungkin ada hikmahnya," kata beliau.

Hadir sama ke MADAD untuk melihat masalah tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Zakaria Othman dan Aktivis Masyarakat, Natipah Abu.

Pegawai kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut hadir membuat pemeriksaan ke atas bayi wanita tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!