Chery Malaysia laksana pratonton eksklusif Chery Omoda E5

Chery Omoda E5
Chery Omoda E5
A
A
A

CHERY Malaysia mencapai kejayaan penting dalam melaksanakan acara pratonton eksklusif Chery Omoda E5 yang mempamerkan ciri-ciri canggih dengan menggariskan komitmen syarikat berkenaan memajukan inovasi automotif.

Chery Malaysia dalam satu kenyataan berkata, konsep jenama unik Art In Motion, E5 itu menggunakan bahasa reka bentuk baharu iaitu cahaya pergerakan yang diilhamkan oleh kilat dan cahaya dinamik serta bayang-bayang dalam alam semula jadi.

“Sebagai Model OMODA EV pertama, OMODA E5 mempunyai ciri teknologi futuristik yang dilengkapi skrin melengkung 24,6 inci, memberikan maklumat kenderaan dengan lebih jelas dan intuitif.

“Selain itu, kenderaan ini menyediakan 10 mod pemanduan disesuaikan dengan pengalaman hiburan muda seperti berkhemah, karaoke, haiwan kesayangan dan menjadikan pemanduan lebih pintar,” ujarnya.

Dalam pada itu, OMODA E5 juga dilengkapi dengan 17 fungsi sistem bantuan pemandu (ADAS) termasuk pemantauan titik buta dan brek kecemasan automatik.

Katanya, teknologi tiga elektrik dicirikan dengan penggunaan tenaga rendah dan hayat bateri yang tinggi, mampu mengurangkan penggunaan tenaga kenderaan dengan ketara.

“Penggunaan kuasa ultra rendah hanya 15.6 kWj atau 100 kilometer (km), digabungkan dengan julat luar biasa WLTP 430km yang membolehkan pemandu memandu dengan lancar tanpa pengecasan yang kerap.

“Ia boleh mengecas bateri dengan cepat daripada 30 peratus sehingga 80 peratus dalam masa 30 minit pada pengecasan pantas (DC), merealisasikan pengalaman perjalanan yang mesra alam dan mudah untuk pengguna,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Tengku Zafrul (duduk, tengah) bersama wakil Chery Automobile Co Ltd semasa mesyuarat berlangsung.
Tengku Zafrul (duduk, tengah) bersama wakil Chery Automobile Co Ltd semasa mesyuarat berlangsung.

Sementara itu, satu mesyuarat telah berlangsung pada Selasa bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang memfokuskan kepada Strategi Pertumbuhan Korporat dan hadir sama wakil dari Chery Automobile Co Ltd, Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif, Yin Tong Yue.

Tengku Zafrul menerusi hantaran di media sosialnya berkata, kehadiran Chery di Malaysia menyumbang dengan ketara yang mewujudkan lebih 600 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

“Komitmen Chery untuk melabur lebih RM1 bilion di negara ini terus menyokong misi pelan induk perindustrian 2030 (#NIMP2030), khususnya dalam mempromosikan kenderaan elektrik (EV) buatan tempatan,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!