10,700 helai pakaian digosok dalam tempoh 24 jam

Dari kiri: Syed Ashiq, wakil The Malaysia Book of Records, Rozaina, Murad Ali dan Siti Hawa pada pelancaran SCENTIFY by Enchanteur yang diadakan di Mydin USJ pada Rabu.
Dari kiri: Syed Ashiq, wakil The Malaysia Book of Records, Rozaina, Murad Ali dan Siti Hawa pada pelancaran SCENTIFY by Enchanteur yang diadakan di Mydin USJ pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seramai 80 orang telah menyertai acara maraton menggosok 10,700 helai pakaian dalam tempoh 24 jam sempena pelancaran SCENTIFY by Enchanteur yang diadakan di Mydin Hypermarket USJ pada Rabu.

Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) dalam satu kenyataan berkata, maraton 24 jam yang bermula pada 29 November itu bukan sahaja acara menggosok pakaian semata-mata, malah untuk menampilkan kelebihan SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric kepada penonton dan orang ramai.

“Fungsi produk ini tidak hanya terhad kepada menyegarkan fabrik tetapi juga sebagai peneman ketika menggosok pakaian. Kini, aktiviti menggosok pakaian lebih memberangsangkan dan pakaian akan kekal wangi untuk tempoh yang lebih lama.

“Rangkaian baharu SCENTIFY Eau de Fabric dan Eau de Car ini dicipta atas permintaan tinggi pengguna terhadap produk penyegar fabrik serta pewangi kereta yang tidak terhad kepada membasmi atau menghilangkan bau kurang menyenangkan,” jelas kenyataan itu.

10,000 helai pakaian yang berjaya digosok dalam tempoh 24 jam.
10,000 helai pakaian yang berjaya digosok dalam tempoh 24 jam.

Pada majlis pelancaran itu, selebriti terkenal penyanyi Wany Hasrita dan pelakon Izzue Islam telah bergabung dalam sebuah 'duet menggosok' sebagai penutup kepada penutup 24 jam.

Pada kemuncak acara itu, sejumlah 10,700 helai pakaian berjaya digosok dalam tempoh hanya satu hari, melayakkan SCENTIFY oleh Enchanteur Eau de Fabric dalam The Malaysia Book of Records bagi ‘Jumlah Pakaian Terbanyak Digosok dalam Sehari’.

Menurut kenyataan itu, SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric juga menjadikan sesi menggosok pakaian atau melakukan kerja rumah anda lebih mengujakan menerusi tiga variasi wangian premium yang membangkitkan mood.

Artikel Berkaitan:

Dari kiri: Syed Ashiq, Rozaina, Murad Ali dan Siti Hawa pada pelancaran SCENTIFY by Enchanteur yang diadakan di Mydin USJ, pada Rabu.
Dari kiri: Syed Ashiq, Rozaina, Murad Ali dan Siti Hawa pada pelancaran SCENTIFY by Enchanteur yang diadakan di Mydin USJ, pada Rabu.

Rangkaian itu juga adalah bukti dedikasi jenama Enchanteur yang komited dalam meningkatkan gaya hidup pengguna.

Sementara itu, sijil rasmi telah dianugerahkan oleh pihak The Malaysia Book of Records kepada wakil dari SCENTIFY, Pengurus Hal Ehwal Kawal Selia Korporat, Rozaina Mahmod dan Senior Eksekutif Ecom, Syed Ashiq Syed Ansari manakala pihak Mydin Mohamed Holdings Berhad diwakili dua Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datin Siti Hawa Mohd dan Datuk Murad Ali Mydin Mohamed.

Selebriti terkenal, Wany Hasrita (kiri) dan Izzul Islam (kanan) menyertai 'duet menggosok' sempena pelancaran SCENTIFY by Enchanteur yang diadakan di Mydin USJ, pada Rabu.
Selebriti terkenal, Wany Hasrita (kiri) dan Izzul Islam (kanan) menyertai 'duet menggosok' sempena pelancaran SCENTIFY by Enchanteur yang diadakan di Mydin USJ, pada Rabu.

Kejayaan maraton dan pensijilan ini jelas membuktikan SCENTIFY Eau de Fabric adalah rakan penting bagi setiap isi rumah selain menyegar fabrik, ia juga membuat tugas membersih dan mengemas lebih seronok dengan wangian mewah.

SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric 370 mililiter (ml) pada harga RM9.50 di Semenanjung Malaysia dan RM10 bagi Sabah dan Sarawak.

Rangkaian SCENTIFY by Enchanteur Eau de Car (14ml) dijual pada harga RM9.90 di Semenanjung Malaysia dan RM10.40 bagi Sabah dan Sarawak di semua peruncit utama, pasaraya, and pasar-pasar hyper di seluruh negara.

Izzul Islam (berdiri tiga dari kanan) yang menyertai 'duet menggosok' bersama Wany Hasrita sempena pelancaran SCENTIFY by Enchanteur yang diadakan di Mydin USJ pada Rabu
Izzul Islam (berdiri tiga dari kanan) yang menyertai 'duet menggosok' bersama Wany Hasrita sempena pelancaran SCENTIFY by Enchanteur yang diadakan di Mydin USJ pada Rabu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!