Lima dirakam percakapan kes gangguan seksual libat pegawai kanan

Razarudin - Foto Bernama
Razarudin - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah memanggil lima orang saksi berhubung kes pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain@Abd Rasid berkata, kesemua saksi yang dipanggil tersebut direkod percakapan bagi membantu siasatan.

"PDRM telah memanggil seramai lima orang saksi dan setakat ini tiada saksi lain yang akan dipanggil untuk dirakam percakapan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kertas siasatan berhubung kes itu telah selesai dijalankan oleh pihak PDRM.

Sehubungan itu kata beliau, kertas siasatan berhubung kes itu akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada Jumaat.

Jelas beliau, tindakan yang diambil PDRM itu selari dengan perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Pada 22 November lalu, media melaporkan PDRM menjalankan siasatan libat dakwaan kes gangguan seksual membabitkan seorang pegawai terbabit terhadap seorang wanita.

Kes disiasat bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan, Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, tular paparan laporan polis oleh seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang juga perunding kewangan mendakwa pegawai terbabit mengganggunya di WhatsApp sejak tahun lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!