17 tebusan Thailand selamat tiba di tanah air
BANGKOK - Seramai 17 tebusan yang diculik dan ditahan selama berminggu-minggu oleh pejuang Hamas di Genting Gaza, dijangka akan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing di lapangan terbang Bangkok pada Khamis.
Puluhan ribu rakyat Thailand dilaporkan bekerja di Israel dalam sektor pertanian semasa Hamas menyerbu sempadan pada 7 Oktober lalu dan menculik 240 orang tebusan.
Sekurang-kurangnya 32 warga negara itu diculik Hamas, dengan Kementerian Luar Bangkok dan kumpulan Muslim Thailand telah berusaha melakukan rundingan untuk membebaskan mereka.
Pada Khamis, kira-kira jam 3 petang (waktu tempatan), seramai 17 orang dijangka mendarat di lapangan terbang Suvarnabhumi, Bangkok selepas beberapa minggu berada dalam tahanan.
Kira-kira 10 orang daripada kumpulan itu sudah dibebaskan pada Jumaat lalu ketika gencatan senjata api Hamas-Israel bermula yang diuruskan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!