IHH Healthcare lancar kempen kesihatan demi kesejahteraan keluarga

Pasukan dari Gleneagles Hospital bersama pakar sakit puan, Dr Somaskandar S (tengah).
Pasukan dari Gleneagles Hospital bersama pakar sakit puan, Dr Somaskandar S (tengah).
A
A
A

IHH Healthcare Malaysia dengan rangkaian 16 hospitalnya yang terdiri Hospital Gleneagles, Hospital Pantai dan Pusat Perubatan Prince Court di seluruh negara kini mempromosikan kempen 'Perjalanan Luar Biasa Demi Kesihatan dan Kesejahteraan' (Extraordinary Journey to Health and Wellness).

Kempen yang dilancarkan pada 18 November lalu bertujuan untuk menyebar luas maklumat kesihatan dan perkhidmatan yang disediakan khusus untuk wanita bagi memastikan tahap kesihatan yang unggul sekali gus membawa kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga.

IHH Healthcare berkata, dengan ketibaan tahun naga bagi kalender masyarakat Cina tahun depan yang membawa semangat kekuatan, kesihatan serta memberikan nasib yang baik, pastinya banyak pasangan suami isteri bercadang untuk memperoleh zuriat yang akan menyerikan hidup mereka.

Salah seorang pengunjung mendapatkan maklumat kesihatan daripada pegawai bertugas semasa kempen yang diadakan di Gurney Plaza baru-baru ini.
Salah seorang pengunjung mendapatkan maklumat kesihatan daripada pegawai bertugas semasa kempen yang diadakan di Gurney Plaza baru-baru ini.

Menurutnya, melalui kempen dan jelajah yang diadakan di beberapa lokasi terpilih, orang ramai berpeluang mendapat konsultasi dan kaunseling terus daripada pakar perubatan berkaitan penjagaan kesihatan yang komprehensif untuk kehamilan, bersalin dan panduan penjagaan bayi serta kanak-kanak.

"Dari lawatan pranatal pertama hingga langkah pertama kanak-kanak, pasukan pakar kami yang berdedikasi dalam bidang obstetrik, ginekologi dan pediatrik komited untuk memastikan ibu bapa dan anak-anak mereka mengalami perjalanan yang luar biasa ke arah kesihatan dan kesejahteraan di hospital kami.

"Komitmen ini yang disediakan oleh rangkaikan hospital kami memberikan peluang orang ramai mendapat akses penjagaan dan perkhidmatan kesihatan terbaik yang ditawarkan oleh IHH Healthcare Malaysia," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Orang ramai mendapatkan maklumat kesihatan yang disediakan.
Orang ramai mendapatkan maklumat kesihatan yang disediakan.

Artikel Berkaitan:

Kempen 'Extraordinary Journey to Health and Wellness' yang dijadualkan berlangsung selama empat bulan, menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang mendidik ibu bapa dan anak-anak untuk penjagaan kesihatan mereka.

Ia menyediakan platform untuk orang ramai menemui barisan pakar perubatan bagi berkongsi cerita selain berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

Pasukan Hospital Pantai Pulau Pinang mengedarkan hadiah percuma untuk orang ramai yang hadir pada kempen diadakan di Gurney Plaza, baru-baru ini.
Pasukan Hospital Pantai Pulau Pinang mengedarkan hadiah percuma untuk orang ramai yang hadir pada kempen diadakan di Gurney Plaza, baru-baru ini.

Jelajah kempen berkenaan yang baru selesai di Gurney Plaza minggu lalu akan menemui orang ramai di Paradigm Mall Johor pada 2 Disember depan bermula jam 11 hingga 7 petang.

Perkongsian mengenai penjagaan kesihatan oleh pakar disiarkan melalui skrin besar pameran.
Perkongsian mengenai penjagaan kesihatan oleh pakar disiarkan melalui skrin besar pameran.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen, sila layari laman web Pantai Hospitals (pantai.com.my/extraordinaryjourney/), Gleneagles Hospitals (gleneagles.com.my/extraordinaryjourney/), Prince Court Medical Centre (princecourt.com/extraordinaryjourney/).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!