Polis terima laporan anak kucing direndam sampai mati

Persatuan Haiwan Malaysia sebelum ini menawarkan wang ganjaran RM5,000 bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab membunuh dengan merendam mati 15 anak kucing yang dilaporkan berlaku di Pasar Borong Jerantut.
Persatuan Haiwan Malaysia sebelum ini menawarkan wang ganjaran RM5,000 bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab membunuh dengan merendam mati 15 anak kucing yang dilaporkan berlaku di Pasar Borong Jerantut.
A
A
A

JERANTUT - Polis mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden 10 ekor kucing mati dipercayai direndam dengan air di Pasar Borong Temin di sini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis berkata, laporan dibuat oleh seorang pengadu iaitu lelaki berusia 27 tahun yang menemui beberapa ekor haiwan itu mati di tempat kejadian kira-kira jam 5 petang Rabu.

Menurutnya, pengadu membuat laporan polis pada jam 6 petang Khamis.

"Pengadu tidak berpuas hati dengan tindakan orang yang melakukan perkara tersebut ke atas kucing-kucing berkenaan.

"Selama ini kucing-kucing tersebut diberi makan oleh pengadu di tempat kejadian," kata beliau dalam kenyataan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN:Kejam! 15 anak kucing direndam sampai mati

Ujar Azman, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kejadian berlaku di dalam kawasan pasar di tempat kejadian.

Jelas beliau, kawasan itu tidak dipasang kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam pada itu, Azman meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan kes yang disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan wang ganjaran RM5,000 bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab membunuh dengan merendam mati kucing-kucing yang dilaporkan berlaku di pasar terbabit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!