Peluang Arsenal raih gelaran EPL

Arsenal perlu melakar kemenangan lebih meyakinkan untuk mendakap trofi EPL musim ini. - Foto EPA
Arsenal perlu melakar kemenangan lebih meyakinkan untuk mendakap trofi EPL musim ini. - Foto EPA
A
A
A

ARSENAL dilihat lebih bersedia untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini berbanding edisi lalu apabila dipintas Manchester City untuk merangkul trofi berprestij itu.

Peluang tersebut dikongsi bekas pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville menerusi laman sosialnya yang menyifatkan The Gunners berada dalam landasan terbaik untuk meraih gelaran itu.

“Permainan yang sempurna dan cantik. Tidak mungkin dapat memenangi liga melainkan ia digabungkan dengan keteguhan dan daya tahan.

“Arsenal lebih baik tahun ini dalam permainan mereka dan ia akan datang pada waktunya,” tulis Neville di laman X yang dulu dikenali sebagai Twitter.

Aksi Gunners sedikit merudum pada kempen 2022/23 dengan jumlah jaringan yang menurun.

Arsenal pada Khamis membelasah Lens 6-0 dalam aksi Liga Juara-Juara sekali gus memberi amaran awal keghairahan The Gunners memburu kejuaraan.

Dalam pada itu, bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher pula percaya skuad kendalian Mikel Arteta perlu memenangi lebih banyak aksi dengan lebih meyakinkan.

“Banyak lagi aksi dan kadangkala ia boleh menjadi sebaliknya. Perlawanan yang ditamatkan dengan 1-0 dengan mudah boleh menjadi 0-1,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!