PRK Kemaman: 1,198 polis bertugas hari pengundian esok

Mazli sewaktu sidang akhbar di Majlis Perbandaran Kemaman.
Mazli sewaktu sidang akhbar di Majlis Perbandaran Kemaman.
A
A
A

KEMAMAN - Seramai 1,198 pegawai dan anggota polis akan bertugas bagi melancarkan proses pengundian dan penjumlahan undi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada Sabtu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kekuatan anggota itu melibatkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan akan dibantu Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu serta Bukit Aman.

Selain itu, beliau berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh semua pihak yang terlibat, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi berkaitan.

"Hari ini adalah persiapan terakhir melibatkan semua sumber manusia, aset, kerja-kerja penyediaan tempat mengundi saluran dan bahagian penugasan yang melibatkan PDRM dan SPR.

"Setakat ini, persiapan yang diatur sejak awal lagi berjalan lancar, di mana semua elemen yang kita susun dan buat tercapai, berada dalam keadaan terkawal dan selesa.

Mazli dan Abdul Ghani berbincang sesuatu sewaktu meninjau persiapan akhir menjelang hari pengundian pada Sabtu.
Mazli dan Abdul Ghani berbincang sesuatu sewaktu meninjau persiapan akhir menjelang hari pengundian pada Sabtu.

"Sehingga hari ini, tiada banjir di Kemaman, Alhamdulillah. Bagaimanapun, semua perancangan awal melibatkan banjir dan PRK ini tetap diteruskan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan persiapan akhir menjelang hari pengundian pada Sabtu bersama Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Artikel Berkaitan:

Tambah Mazli, beliau gembira kerana tiada sebarang insiden yang tidak diingini antara parti, penyokong dan calon sepanjang kempen PRK kali ini.

Ujar beliau, kesemua pihak yang terlibat berkempen dengan terkawal dan mematuhi peraturan serta undang-undang dan tidak menimbulkan banyak masalah.

"Sepanjang tempoh kempen ini, kita dapat tujuh laporan polis. Kita akan susun dan buat siasatan menyeluruh selepas ini.

"Cuma setakat ini tiada isu yang boleh mengganggu perjalanan kempen dan pilihan raya esok," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!